PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR BULANAN KEPADA ASNAF

Semporna 21 Oktober 2017- Beras, gula, minyak masak, susu, teh, mee sup, biskut dan garam sangat kecil nilainya di mata kita yang terbiasa kenyang dan hidup dalam serba kecukupan.

Namun jauh berbeza untuk saudara-saudara asnaf di Kampung Bangau-bangau dan Kampung Air Semporna. Mereka begitu teruja dan bersyukur dengan perkongsian dari insan-insan pilihan Allah dari seluruh Malaysia.

Jauh disudut hati para sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah terasa ingin memberikan lebih daripada barangan dapur yang sedia ada namun itulah kemampuan kami. Berkongsi berdasarkan kemampuan masing-masing.

Ada yang menyumbang kenderaan untuk digunakan oleh sukarelawan, menginfakkan tenaga masa untuk menghantar dari pintu ke pintu rumah asnaf dan ada yang menyumbangkan wang ringgit untuk membantu menyebarkan gelombang kebaikan ini di seluruh Malaysia termasuk negeri Sabah.

Terima kasih Kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Jom saudara-saudaraku di Semporna warga Suluk dan Bajau kita turun padang bersama membantu warga kita yang hidup kekurangan.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!
**Sung Kam manjari mundusia ahap (bajau)
**Kari kamu mainang kita ta’u marayaw (suluk)

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”
**Kasannangan ma kamemon (bajau)
**Pag karayawan ha katan (suluk)

KAHAR HUSENG
PERKALAS@3rd Force Sabah
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*