Tumpat- Alhamdulillah, hari ini Tokngah Din dan keluarga menerima tetamu, Dr Amirah dan suami yang membawa sumbangan berupa mesin basuh, peti sejuk, sebuah katil serta tilam dan bantal.

Katil ini adalah khas untuk ibu Tokngah Din yang telah uzur dan berkerusi roda.

Dr Amirah dan suami dari Kilinik Pergigian Meranti tiba di Pusat Gerakan 3rd Force Aura D’Raja pada jam 2.30 petang dan terus menghala kerumah rumah Tokngah Din dengan pacuan 4 roda yg sarat dengan barang2 untuk disumbang.

Tokngah Din dan keluarga begitu tergaman dengan Dr Amirah dengan barangan yang hendak disedekah kepadanya.

Rumah Tokngah Din telah siap di bina oleh “The ThirdForce” yang dipimpin oleh Dr Raja Shamri beberapa hari yang lalu.

Mewakili keluarga Tokngah Din, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Amirah dan suami serta rakan2 yang sama2 menyebarkan gelombang kasih sayang ini.

Kita semua adalah “The 3rd Force”

” Together We Are Stronger”

“Jom jadi orang baik-baik”

Laporan
Ayahngah
Sukarelawan TF ADR
01110606890

Related Post

Leave us a reply

*

*