Cuaca sekarang agak tidak menentu. Musim yang biasanya panas, turunnya hujan seharian. Bulan yang selalu harinya basah berpanjangan, panas meruap sampai ke malam.

Begitulah realiti cuaca dan kehidupan kita di Malaysia mutakhir ini.

Suka atau tidak terpaksalah kita menyesuaikan diri dengan putaran kehidupan yang di tentukan Ilahi.

Minggu lepas kita menerima amaran dari Jabatan Kaji Cuaca berkenaan Permulaan Fasa Peralihan Monsun dari awal Oktober hingga November.

Bahkan terdapat kenyataan jangkaan banjir awal mungkin berlaku.

SEDIAKAN PAYUNG DI KALA SEDAR

Melihat kepada keadaan langit yang sering suram seminggu dua ini, di ikuti oleh kejadian hujan lebat melampau tiba-tiba hingga mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh seperti di Pulau Pinang dan juga kejadian kepala air yang mengancam nyawa orang awam yang beriadah, rasanya sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa meletakkan agensi keselamatan berkaitan banjir dalam tahap kesiap siagaan yang tinggi bermula dari sekarang.

Jika di lihat kepada trend cuaca semasa, amat ketara dengan keadaan sebelum ini di mana negeri-negeri di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan bukan lagi ‘hot spot’ untuk berkemungkinan menerima taburan hujan yang tinggi yang berpotensi mengakibatkan masalah susulan seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Insiden terbaru di Melaka, Kedah dan Pulau Pinang amat elok di jadikan pengajaran bersama.

ELAKKAN TERHANTUK BARU NAK TERGADAH

Perdana Menteri akan membentangkan belanjawan 2018 jumaat ini.

Semoga agensi-agensi berkaitan bencana alam ataupun banjir di berikan peruntukkan yang sewajarnya untuk persiapan rapi samada bagi keperluan jangka pendek mahupun jangka panjang.

Agensi-agensi berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran di harap dapat bersegera menyelenggara longkang, parit dan sungai yang cetek ataupun tertimbus dek daunan kiambang mahupun sampah sarap agar limpahan air hujan dapat segera di alirkan ke sungai dan laut.

Pihak yang berautoriti berkenaan hal ehwal jalan dan lorong mungkin boleh meninjau sekali lagi lopak air dan lubang dalam yang sering saja muncul sebaik saja hujan mula menggila.

Agar jadi kurang gundah gulana pak cik dan mak cik menunggang motorsikal usai solat isyak meredah kepekatan malam di sirami hujan yang lebat untuk pulang ke rumah.

Manakala pihak berkuasa dengan peralatan menyelamat khusus seperti JPAM, ATM serta Bomba mungkin boleh mengadakan simulasi menyelamat melibatkan NGO serta syarikat swasta bagi menyelaras tindakan bersama andai berulang banjir pada skala besar sebagaimana di Pahang (2013) dan Kelantan (2014).

Thirdforce sendiri telah mengadakan program hero-kampung (COMMUNITY BASE TRAINING) sebanyak 4 siri sejak 3 tahun lepas dimana anak2 muda kampung dan sukarelawan di latih teknik asas menyelamat waktu musibah terutama bila banjir. Program yg dianjurkan dengan kerjasama APM dan agensi2 kerajaan serta swasta itu sangat bermanfaat kepada mereka yg berada dikawasan yg sering ditimpa musibah.

Semoga Allah jauhkan negara kita dari musibah serta bala bencana.

Semoga Allah satukan hati kita semua untuk bersatu mendepani cabaran mendatang…

TF Helmi Ibrahim
Hero-daily dot com
Media unit
The 3rd Force
24 October 2017

Related Post

Leave us a reply

*

*