ULAR MENYUSUR AKAR TAKKAN HILANG BISANYA

Harini 3rd force Pasir Mas bersama Datin Sharifah Noor Syed Hassan dari Kuala Lumpur telah mengadakan kunjungan ihsan ke rumah anak yatim piatu di Kampung Bechah Palas dan ke rumah Tok Ngah Din di Kampung Bunut Sarang Burung,Tumpat.

Di rumah anak yatim piatu di Kampung Bechah Palas Datin Sharifah Noor telah memberi sumbangan almari, katil,tilam,bantal,cadar dan selimut.

sumbangan yang sama juga di hulurkan termasuk satu tong gas dan barangan kaca / barangan dapur. Tok Ngah Din yang sudah mendiami rumah baru hasil sumbangan kalian semua tidur tanpa katil dan keperluan rumah.

Sementara di rumah Tok Ngah Din sumbangan yang sama juga di hulurkan termasuk satu tong gas dan barangan kaca / barangan dapur. Tok Ngah Din yang sudah mendiami rumah baru hasil sumbangan kalian semua tidur tanpa katil dan keperluan rumah. Ibu Tok Ngah Din yang sangat uzur juga tidur beralaskan tikar dan conferter nipis sahaja dirumah baru tersebut. Begitu juga anak-anak Tok Ngah Din. Sumbangan ini sangat bermakna kepada mereka sekeluarga.

Datin Sharifah Noor juga turut sampaikan sumbangan peribadi kepada Che Soh yang lumpuh akibat jatuh dari pokok dan terlantar berbelas tahun akibat lumpuh kesan dari kemalangan tersebut. Kes Che Soh ini juga pernah abangraja kongsikan satu masa dulu.

Semua sumbangan ini adalah dari Datin Sharifah Noor Syed Hassan dan rakan-rakan beliau dari Kuala Lumpur sementara tong gas adalah sumbangan dari Grup Asyura Ex SMP75. Set barangan kaca sumbangan daripada Datin Tuan Aminah isteri Ketua Bahagian Umno Pasir Mas.

Datin Sharifah Noor Syed Hassan sangat rapat dengan abangraja Pengasas Thirdforce dan juga kami sukarelawan Thirdforce. Beliau yang bersama thirdforce dari awal kami gerakkan kerja-kerja kemanusiaan ini adalah simbol kerendahan hati dan ketinggian nilai budi golongan atasan dalam masyarakat yang sentiasa melihat kebawah insan-insan yang memerlukan perhatian.

Datin Sharifah yang juga berasal dari Pasir Mas takkan menolak untuk menyantuni asnaf asalkan beliau pulang ke Kelantan. Sifat rendah diri dan prihatin beliau menjadikan kami sukarelawan Thirdforce tidak kekok untuk bersama beliau dan sentiasa positif serta bersemangat membantu.

Kita percaya ada ramai lagi datuk-datuk, datin-datin dan tokoh-tokoh korporat diluar sana yang berhati mulia dan sangat suka kerja-kerja kemanusiaan ini. Datangah bersama kami kerana kami ada senarai panjang asnaf yg boleh kita sama-sama bantu.

3rd force Pasir Mas merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para penyumbang.

Semoga Allah memberkati anda semua.

Terima kasih abangraja
Terima kasih semua sukarelawan yang hadir petang ni membantu.

Kak Lah
25hb.Oct 2017
Kg Bechah Palas,Bunut Susu Pasir Mas dan Kg Bunut Sarang Burung,Tumpat.
3 petang – 6 petang

Attachments
  • ular-menyusur-akar-takkan-hilang-bisanya

Related Post

Leave us a reply

*

*