SADDAM MENYATAKAN SATU IMPIAN UNTUK BERHASRAT AKAN CUBA ISTIQOMAH MENYUMBANG KEPADA THIRDFORCE DI SUATU HARI NANTI.

26 oktober 2017 – Tok Kamis, Alhamdulillah hari ini sukarelawan thirdforce sibuk dengan tugasan masing-masing. Abang Raja ada metting bersama team studio di pejabat Golden Mind mengenai shooting umrah musim sejuk bulan 12 nanti. Team Ali settlekan wiring rumah asnaf, dan saya, Zulkifli serta Iskandar pula kena settlekan sedikit saki baki kerja yang tertunggak di depot.

Dalam kesibukan dengan kerja harian masing-masing. Setelah settlekan sedikit kerja di depot, Saya ambi sedikit masa untuk pergi menziarahi Saddam. Dah lama tidak ziarah beliau. Tapi sebelum itu Saddam minta bantuan dari saya untuk tolong ambilkan bantuan bulanan pampers beliau di pejabat Perkeso Kota Bharu.

Semasa dalam perjalanan ke sana staf Perkeso hubungi saya bahawa stok pampers saiz L untuk Saddam sudah kehabisan. Pihak Perkeso cadangkan supaya Saddam beli dahulu dengan duit sendiri dan selepas itu beliau boleh claim semula. Saya cuba tanya pihak Perkeso sama ada mereka boleh atau tidak hantar bantuan tersebut terus ke rumah Saddam. Memandangkan ketidakmampuan Saddam dari segi fizikal dan pengangkutan amatlah menyukarkan beliau untuk ulang alik ke pejabat Perkeso.

Setelah mendengar penjelasan dari staf Perkeso berhubung dengan perkara tersebut. Bukan pihak mereka tidak dapat hantar pampers terus ke rumah Saddam tetapi ada ramai lagi penerima yang perlu mereka selesaikan selain Saddam dan Perkeso juga kekurangan staf kakitangan. In Sha Allah pihak mereka akan cuba berusaha hantar bantuan pampers tersebut ke rumah Saddam nanti. Cuma hari ini pihak mereka memohon maaf sebab kehabisan stok.

memandangkan hari ini bantuan pampers Saddam kehabisan stok. Saya pun balik semula ke Pasir Puteh dan singgah di booth jualan amal pampers di pusat bilik gerakan Thirdforce dan saya ambil 5 pek pampers dewasa untuk di sumbangkan kepada Saddam.

Sampai di kediaman Saddam saya terkeduh dan sebak seketika melihat keadaan Saddam yang ketika itu cuba mengesot ke bilik mandi dengan menggunakan kedua tapak tanganya. Pertama kali melihat sendiri kepayahan beliau untuk bergerak apatah lagi hendak menaiki kerusi. Ianya memang sukar dan memang memerlukan bantuan dari orang lain juga untuk mengangkatnya. Ketibaan saya di sedarinya dan beliau cuba untuk mengesot semula untuk keluar dari bilik mandi untuk melayan saya. Sedih melihat kesusahan dan kepayahan yang Saddam alami.

semasa berborak santai dengan Saddam tiba-tiba beliau menyatakan satu impian dan hasrat yang di mana ianya telah membuatkan saya rasa terharu dan respect dengannya. Beliau menyatakan sekiranya wang pencennya sudah dapat di terima setiap bulan, dia berhasrat akan cuba istiqomah untuk menyumbang RM 50 ringgit sebulan kepada Thirforce. Dia suka melihat gerak kerja kemanusian yang di bawa oleh Abang Raja dengan mengajak masyarakat untuk jadi orang yang baik-baik yang penuh dengan inspirasi dan dorongan. Sehinggakan setiap kali mari melawatnya beliau akan pakai baju T shirt hitam Thirdforce tanda sokongan beliau.

Subhanallah…Sepatutnya beliaulah yang perlukan bantuan dan sumbangan daripada kita semua. Saya meraihkan sangat-sangat hasrat dan impian beliau itu. Kerana beliau begitu mengerti makna kehidupan sebenarnya yakni sesuatu yang kita beri itu sebenarnya kita telah membantu diri kita.

Rupa-rupanya Saddam telah lama mengikuti perkembangan gerak kerja kemanusian Thirdforce sehingga setiap kisah-kisah yang Abang Raja kongsikan di facebook telah memberinya banyak inspirasi dan dorongan untuk berbuat baik juga. Dan dia yakin kecacatan yang di alaminya tidak menghalangnya untuk berbakti kepada masyarakat.

Tahniah dan syabas Saddam….

Laporan daripada
ADI
Thirdforce HQ

Related Post

Leave us a reply

*

*