MENYANTUNI MB KELANTAN YAB DATO’ USTAZ MAT DI RUMAHNYA

Hari ini 27.10.2017 (Jumaat) | Pertemuan yang diatur dalam masa dua hari akhirnya kami dijemput ke rumah kediaman YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan di Kampung Bukit, Wakaf Bharu,Tumpat,Kelantan.

Pertemuan hampir 2 jam membincangkan tentang gerak kerja yang telah kami laksanakan dan bentuk bantuan untuk jangka masa panjang dalam membantu anak-anak prihatin dan juga asnaf-asnaf di kawasan Tumpat. Berbekalkan profail yang telah kami siapkan bagi menyampaikan maklumat dan juga program-program yang telah direalisasikan dan diserahkan kepada beliau YAB Ustaz.

Dibincangkan juga satu bentuk bantuan khas kepada seorang asnaf yang kami sedang usahakan sekarang dengan persetujuan dan sokongan beliau.

YAB Ustaz Mat berbesar hati juga berterima kasih kepada semua sukarelawan thirdforce yang terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan membantu masyarakat selama ini.

Kami mengharapkan 208 anak-anak perihatin dan 45 asnaf mendapat pembelaan secara berterusan dan mendapat sokongan juga perhatian YAB Dato’Menteri Besar Kelantan.

Dibincangkan juga satu bentuk bantuan khas kepada seorang asnaf yang kami sedang usahakan sekarang dengan persetujuan dan sokongan beliau. YAB Ustaz Mat berbesar hati juga berterima kasih kepada semua sukarelawan thirdforce yang terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan membantu masyarakat selama ini.

Jemputan YAB Ustaz ke rumah beliau kami terima dengan rendah diri dan berbesar hati sama juga dengan jemputan-jemputan oleh mana-mana pemimpin kerajaan yang lain demi untuk kemaslahatan ummah.

Sebelum ini Pengasas Thirdforce abangraja sendiri pernah dijemput oleh Perdana Menteri Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (NADMA) dan juga Kerajaan PAS Kelantan (Program Pembangunan Belia) untuk bertemu dan berbincang bagi sama-sama memikirkan cara dan plan membantu mereka yang memerlukan.

Kita mengharapkan sesiapa sahaja orang politik atau pemimpin negara sentiasa meletakkan kepentingan awam dan rakyat terbawah menjangkaui apa sahaja kepentingan peribadi. Kerjasama antara NGO dan pihak kerajaan baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat yang genuine tanpa ada elemen politik akan menjadikan kerja-kerja bantuan sangat telus, bebas rasuah dan tepat ke sasaran.

Abangraja dalam setiap ucapannya sentiasa berpesan kepada kami sukarelawan thirdforce agar membantu sesiapa sahaja dengan cepat tanpa banyak protokol dan birokrasi. Kita semua buta warna politik bila bercakap bab mengumpul saham akhirat.

Biarpun kami kadang-kadang tak berapa senang dengan fitnah yang dilemparkan extreamist parti politik kepada abangraja dan kami semua sukarelawan thirdforce tapi kami telan sebagai asam garam usaha mengajak orang ramai jadi orang baik-baik.

Thirdforce bebas politik kepartian.

Siapa sahaja jemput atas usaha nak bantu orang susah pasti kami datang …

Semoga lebih ramai pemimpin kerajaan negeri / pusat, pemimpin mana-mana parti politik yang bersedia untuk bersama kami.

Terima kasih YAB Ustaz atas jemputan.
Jom semua kita jadi orang baik-baik.

TF Kak Yong
Wakaf Bharu, Tumpat
Kelantan.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*