29 Oktober 2017| Hari ini sukarelawan thirdforce telah melawat satu keluarga Siti Hajar Binti Ismail yang tinggal di Lorong Titian Dato Jalan Sultan Yahya Petra Kota Bharu yang diviralkan oleh Cikgu Ghani baru- baru ini.

Siti Hajar bt Ismail, merupakan seorang ibu yang menanggung hidup empat orang anak dan suami yang sakit mental (Skizofrenia). Anak-anak beliau berumur antara 12 hingga 4 tahun. Dahulu suami siti Hajar bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat Swasta di Kota Bharu. Mula-mula suaminya mengalami penyakit ini ketika pulang dari tempat kerja. Penyakit misteri ini kadang kala sangat bahaya kerana si suami bercakap seorang-seorang seolah-olah menerima “bisikan” di telinga beliau.

Suaminya hanya bergantung pada ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital. Jika makan tak makan menyebabkan penyakit ini akan berlaku.

Beliau menumpang rumah nenek suaminya yang begitu daif. Semasa kami sampai, hanya ada 3 orang anak beliau yabg tinggal dirumah kerana ayahnya telah mengambil anak ke-3 di sekolah.

Sukarelawan telah ke tempat kerja Siti Hajar yang bekerja sebagai jurujual di Kedai Perabot Lavino, Wakaf Che Yeh selama 10 Tahun dengan pendapatan RM1000 sebulan. Sudah semestinya ia tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup keluarga beliau.

Beliau menumpang rumah nenek suaminya yang begitu daif. Semasa kami sampai, hanya ada 3 orang anak beliau yabg tinggal dirumah kerana ayahnya telah mengambil anak ke-3 di sekolah.

Beliau tidak pernah menerima mana-mana bantuan daripada JKM , Maik dan Baitulma kerana beliau tidak mahu meminta-minta.

Kenderaan utama beliau adalah motosikal, tetapi pada Jumaat 27.10.2017 telah hilang dicuri. Motor yang hilang itu ex5, DAM 6054 yang dibeli dengan harga RM1800.

Kini mereka terpaksa meminjam motor yang agak daif milik mertua untuk ke tempat kerja dan menghantar ank ke sekolah.

Kami telah membawa sedikit barang dapur dan Toto untuk kegunaan keluarga ini.

Kami merancang satu palan bantuan untuk keluarga ini. Antaranya

1. Mengusahakan bantuan bulanan daripada pihak Jabatan kebajikan masyarakat (JKM)

2. Mengusahakan bantuan persekolahan anak-anak siti Hajar daripada pihak Baitulimal.

Ayuh semua sama-sama kita bantu dan doakan agar Allah bukakan pintu hati mereka untuk membantu keluarga ini.

“tidaklah sia-sia Allah menakdirkan sesuatu, mendatangkan sesuatu kepayahan kepada pengetahuan kita melainkan Ia ingin menguji Kita”.

Jomm jadi orang baik baik .

Laporan disediakan oleh
Zulkifli dan Ramadan
Sukarelawan thirdforce
H/P : 013-274 7858

Attachments
  • sudah-jatuh-ditimpa-tangga

Related Post

Leave us a reply

*

*