[TF SABAH] PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA (AISKRIM DAN ROTI PERCUMA) – MASIH ADAKAH EHSAN UNTUK KAMI DI SINI?

TAWAU 29 Oktober 2017- Alhamdulillah petang ini sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk menceriakan adik-adik di khemah transit kebakaran Kg Hidayat dan di sekitar Kg Jalan Damai.

Keterujaan dan kebahagiaan adik-adik mendapatkan aiskrim pada petang ini terpancar jelas di raut wajah mereka. Lebih kurang 200 kanak-kanakmenjadi saksi bahawa di Tawau masih ada ramai orang yang memikirkan nasib serta kebahagiaan adik-adik ini.

Selepas selesai agihan aiskrim sukarelawan mengedarkan roti di khemah-khemah biru tempat mengadu nasib mereka setelah pasca kebakaran Julai lalu. Hidup mereka di dalam khemah sangat memilukan hati. Di khemah yang luasnya 10 X 12 kaki ini mereka tinggal sekeluarga. Anda dapat bayangkan di situlah tidur dan makan sekeluarga.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat. Tidak lupa kepada keluarga besar 3rd Force di seluruh Malaysia yang sentiasa membantu dan menyokong program PERKALAS @ 3rd Force Sabah.

Tolong doakan adik-adik dan keluarga mereka di khemah transit ini. Ada ramai yang senasib seperti mereka di Semporna Sabah yang masih tinggal di pusat transit pasca kebakaran kampung Bangau-bangau.

Bantulah kami untuk bantu mereka.
Bukan di Myanmar
Bukan di Syria
Di bumi Sabah negara kita tercinta.

PERHATIKANLAH WAJAH ANAK-ANAK INI. TDAK ADAKAH SEDIKIT EHSAN DARI KALIAN UNTUK MEREKA?

Bak kata pengasas Thirdforce abangraja …
JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS @ 3rd Force Sabah
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*