[TF TERENGGANU] RUANG DAN PELUANG SAHAM AKHIRAT DI KEMAMAN

Hari ini 29 Oktober 2017 wakil 3rd Force Terengganu yg terdiri dari kak yati, kak ti dan Abg besor ke lokasi.

Rosmila bt ismail
No 1130 kampung enjin gergaji
24000 chukai kemaman

Disitu kami dapati rumah yg selebar tidak sampai 10 kaki. Panjang pula tidak sampai 20 kaki. Didiami 8 orang.

Termasuk salah seorang anak yg hari ini dikejarkan ke Hospital Kuantan untuk pembedahan Appendix. Difahamkan kritikal sebab Hospital Kemaman bergegas hantar kesana.

Perkembangan di sana, Wallahualam.

Kami usahakan dgn hubungi beberapa kenalan di sekitarnya.

Maka, pada hari ahad depan, 1 program gotong royong akan diadakan. Akan dibina 1 unit bilik tambahan dan tukar atap dgn anggaran kos RM7,000.00.

Buat kenalan semua, sumbanglah semampu boleh utk mereka. Musim hujan sudah tiba. Lubang atap pun telus jari sy ni.

Allah nak uji kita dengan mempertemukan mereka. Allah nak lipat gandakan nikmat kepada kita sekiranya kita membantu insan lain yg dalam kesusahan

Marilah kita sikit sorang membantu. 2.5% harta kita adalah milik mereka.

Yg nak bantu, hubungi 0139837880 utk info seterusnya.

Wallahualam

Related Post

Leave us a reply

*

*