[TF KOTA BHARU] SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA : BANTULAH IBU INI

Alhamdulillah pada petang Jumaat 27/10/17 THIRDFORCE KOTA BHARU tlh mengunjungi Pn. Wan Rosaida bt. Wan Zulkarnain di Kg. Taman Buaya, Badang, Kota Bharu…

Dia seorang ibu dgn lima anak bekerja sebagai pembantu restoren di Pantai Cahaya Bulan dgn upah RM 30 sehari pada setiap hujung minggu. Utk mendapat duit lebih 2 orang anaknya Mohd Saddam 14 th dan Nurfatin Syahirah 13 th turut membantu dgn Upah seorang RM 10 sehari…

Dia tidak mendapat apa apa bantuan, bergantung hidup dgn pencen aruah suami bekas tentera RM 450 sebulan… Dia telah berkahwin semula…

Malangnya suami barunya terlibat dlm kemalangan motorsikal. Mengalami patah paha (tlh dimasukkan besi) dan tak mampu bekerja (kerja kampung). Suami kini dalam jagaan keluarganya. Suami tlh membuat notis perceraian atas alasan tidak mampu menanggung nafkah (kes akan dibicarakan minggu depan).

Lebih malang lagi… Rumah yg diduduki sekarang adalah rumah keluarga suami… Jika berlaku perceraian, dia terpaksa keluar dari rumah sekarang…

Persekolahan anaknya Nur Fatin Syafirah 5 th (tadika) terpaksa diberhentikan kerana tidak mampu bayar yuran persekolahan. Bil letrik juga tlh tertunggak berjumlah RM 500 lebih..

Semasa kunjungan kami, Pn. Wan Rosaida tidak pergi bekerja kerana demam… Hanya dua anaknya Mohd Saddam dan Nurfatin Syahirah yang bekerja hari ini.

Dia juga amat berterimakasih kpd semua penyumbang Thirdforce atas sumbangan keperluan harian spt beras, minyak masak, gula dll kerana kebetulan mereka tlh kehabisan beras… Hanya menunggu 2 orang anaknya balik kerja utk beli beras… Allhuakbar…

Kepada para dermawan sekalian… Jom kita pakat bantu sikit sorang utk ringankan beban Pn. Wan Rosaida disamping menambahkan saham akhirat kita…

Kepada yg ingin menyumbang boleh hubungi saya Cikgu Wan Ahmad Zairi 0139329821 -THIRDFORCE KOTA BHARU sukarelawan yang lead kes ini.

# Jomjadiorangbaikbaik
# Togetherwearestronger

Related Post

Leave us a reply

*

*