[TF RAMADAN] MEMBANTU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK : SMART PARTNERSHIP BERSAMA KHALIFAH MODEL SCHOOL AMPANG

November 17| Kuala Lumpur – semalam the thirdforce telah membawa adik-adik daripada Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) Besut dan tenaga pengajar serta beberapa wakil majlis ibubapa dan guru (MIBG) ke Khalifah Model School (KMS), Ampang.

Seramai 25 orang pelajar, 8 tenaga pengajar dan 10 orang ibubapa turut sama dalam lawatan ini.

SRIDAF merupakan sekolah agama yang pertama di Besut dan sangat menitik beratkan pendidikan berasaskan keagamaan kepada pelajarnya.

Perjalanan mengambil masa 10 jam dari Besut melalui LPT2 ke Kuala Lumpur. Semua peserta menginap du F.I.T Center sebuah tempat penginapan seliaan MARA di Batu Caves.

Terimak kasih banyak-banyak kepada mudir, ustaz dan ustazah serta Majlis MIGB yang menguruskan anak-anak SRIDAF ini sepanjang lawatan ini … Sukarelawan thirdforce juga bertugas 24 jam bagi membantu kelancaran program.

Thirdforce sangat menyokong bentuk bantuan berterusan untuk anak-anak SRIDAF ini dalam pelbagai cara kerana anak-anak inilah pewaris generasi bangsa yang bakal mewarisi negara ini dengan prinsip diri dan pegangan agama yang kukuh.

Malam tadi mereka sampai dah dekat pukul 2 pagi. Pukul 3 pagi baru tidur rasnya mudir dan ustaz-ustaz bagi mempastikan semua anak2 ini ok.

Biarpun keletihan namun pagi tadi sempat lagi anak2 ini bangun utk solat subuh berjemaah bersama para ustaz dan mendengar kuliah subuh. Inilah acuan yg sepatutnya kita bentuk dalam proses pendidikan anak-anak kita.
.

Pagi ini pulak seharian di Khlifah Model School (KMS). Terima kasih diucapkan kepada Dr. Alini Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KMS dan Datin Hjh Shomi Pengetua KMS Ampang kerana menerima kunjungan kami dan melayan kami dengan baik.

KMS merupakan rakan thirdforce juga. Kita pernah melaksnakan program kemanusian membantu membina rumah seorang nenek yng terbakar satu masa dahulu. Para pendidik SRIDAF pastinya telah belajar banyak memperolehi ilmu di KMS ini dan InsyaAllah boleh di aplikasikan dalam sistem pendidikan SRIDAF pula.

Selepas ke KMS, kami membawa anak2 SRIDAF ke Aquaria KLCC. rata-rata adik-adik begitu semangat kerana ramai antara mereka hadir kali pertama disini. Begitu seronok kami tengok.

Sedang duduk pusing-pusing tengok ikan Shark, Lepas tu Allah uji bas kita rosak kena tunggu lama baru bas gantian sampai. Adik-adik ini telah makan di tepi jalan sementara menunggu bas sampai.

Mereka makan secara sederhana sahaja kerana anak SRIDAF ini rata-ratanya anak orang kampung, nak makan tempat mewah tak mampu. Kami tidur pun di hostel MARA.

Walau apapun semoga Allah terima segala pemgorbanan kita ini sebagai saham akhirat kita utk kita berjiran di syurga Allah nanti.

Aminnn … InsyaAllah pagi esok kita bertolak balik.

Dah lewat ni, anak-anak pelajar pun nampak penat sangat tu. Doakan perjalanan pulang adik-adik ini selamat ok.

Jomm jadi orang baik baik

Laporan disediakan oleh Ramadan
Sukarelawan thirdforce
Kuala Lumpur
3/11/2017

Related Post

Leave us a reply

*

*