[TF SAFUAN] BIAR APA ORANG NAK KATA : GUNA CABLE BUKAN PERANGAI KAMI

5 November, Kuala Krai – Hujan masih turun di bumi Kelantan, hari ini aku menghantar isteriku ke tempat bertugas barunya setelah selesai PPW di Kota Bharu. Isteriku seorang pembantu pegawai perubatan telah di tugaskan di sebuah kawasan jauh di pendalaman.

Selain boleh memandu secara sendiri melalui jalan yang boleh dikatakan berlubang di sana sini akibat daripada hujan, keretapi juga merupakan salah satu cara kawasan ini berhubung dengan dunia luar.

Kawasan ini ketika Bah Kuning 2014 merupakan kawasan yang boleh di katakan “total lost”. Rel keretapi terputus akibat banjir, gerabak keratapi d hanyutkan seperti boat putus tali, menimbulkan rasa gelisah kerana isteri tercinta pula di tugaskan di sini.

Namun kita semua perlu percaya dengan perancangan Allah swt. Suatu ketika dahulu aku dan isteri i fitnah menggunakan “cable” untuk isteri bekerja di Kelantan. Sedangkan rakan-rakan isteriku semua di hantar jauh keluar dari negeri masing-masing.

‘Minta tolong raja shamri lah tuh’
‘Senangla guna “cable” ‘

Antara sindiran-sindiran yang aku dan isteriku terima suatu ketika dahulu. Kerana tidak mahu memanjangkan cerita, aku mengiyakan sahaja mulut orang-orang ini. Namun kini isteriku di tugaskan di kawasan pendalaman, tiada pula mulut yang berkata apa-apa.

Nasihat abangraja seperti

‘biar apa orang nak kata’

‘Hidup kita bukan untuk puaskan hati semua orang’

‘Kita buat kerja kita sahaja, jangan kisahkan apa orang kata’

Sentiasa menjadi pegangan dan pedoman seharianku.Hanya satu yang aku dan keluarga besar 3rd force mahukan, keredhaan Allah swt. Kita semua tidak akan mampu puaskan hati semua orang, kita cuba sedaya upaya untuk mencari ehsan Allah swt, kerana itu sahaja mampu menyelamatkan kita di sana nanti.

Insya Allah..

Sedikit maklumat, keratapi dari Dabong ke Tanah Merah terpaksa menggunakan bas kerana ada landasan keratapi telah di tenggelami air. Penumpang dari Dabong akan menaiki bas sehingga ke Kuala Gris dan keretapi akan menunggu untuk ke destinasi yang seterusnya.

Insya Allah…

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

TF Safuan Salehan
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh.
Ahadf – 5/11/2017

Related Post

Leave us a reply

*

*