[TF YAYA] CANTIK DI MATA GUNDAH DI HATI : PERJALANAN JAUH SEBARKAN AURA

Isnin 6 November 2017 | Perjalanan bersama team Aura draja ke seminar “ORKID”: Workshop, Exhibition and Competition Related To The Person With Disability and Elderly, di Universiti Malaya, bersama abangraja yang akan berlangsung pada 8 – 9hb Nov 2017

Kami sedang menuju ke destinasi melalui Lebuhraya Pantai Timur dari Depot 3rd Force Pasir Puteh.

Kecantikan pandangan mata di hadapan memberi makna yang kami akan menempuh hujan lebat atau mungkin ribut yang kencang sebentar lagi. Isyarat untuk kami berhati hati, kerana yang cantik itu tidak semestinya indah.
Mungkin ada hujan lebat menanti kami di hadapan.

Di musim tengkujuh ni keadaan jalanraya agak licin dan merbahaya pada pengguna jalanraya. Lebih- lebih lagi pada waktu malam kalau melalui jalan yang tiada garisan pembahagi lorong. Sudah ramai sukarelawan yang mendukung perjuangan TF yang pergi meninggalkan kita samada kerana sakit mahupun kemalangan …

Jangan nanti orang yang berharap berita gembira dari kita tapi yang datangnya berita duka.
Ingat yang tersayang. Kirimkan berita gembira, jangan berita duka.

Jangan lupa jumpa kami Aura D Raja Team di Universiti Malaya esok!

“Aura D Raja. Bukan Sekadar Aura Biasa”

Yaya
3rd Force Aura Draja
LPT2 – Paka
H/P; 0145173791
https://www.facebook.com/auradrajadshamz

Related Post

Leave us a reply

*

*