[TF HARIRI] ZIARAH ABANG AZHAR DI KLANG : MENYELAMI KEHIDUPAN KELUARGA HEBAT OKU

AHAD | 05 NOVEMBER – Sementara masih berada di Kuala Lumpur, enam orang sukarelawan Thirdforce dari Pasir Puteh sempat singgah menziarahi Abang Azhar di Klang.

Abang Azhar merupakan OKU fizikal, dimana kedua-dua belah kakinya kudung dari paras paha. Beliau adalah seorang pakar kerja tangan seni kulit dan juga merupakan antara orang pernah membuat kaki palsu Abangraja sejak Abangraja masih dibangku sekolah lagi.

Abang Azhar merupakan individu yang bertanggungjawab membuat kasut atau pelapik lutut adik qahar. Abang Azhar kini tinggal bersama isteri dan juga 7 orang anaknya yang mana salah seorangnya daripadanya juga seorang OKU. Isteri beliau juga lumpuh kedua belah kaki.

Ketika sampai dirumahnya, abang Azhar tiada dirumah kerana keluar berniaga. Menjual air soya buatan sendiri adalah sumber pendapatan bagi Abang Azhar dan keluarga. Beliau menjual air soya di pasar pagi dan juga pasar malam disekitar Klang.

Abang Azhar adalah antara insan yang sangat di segani oleh atlete paralimpik negara atas nasihat dan bantuan yang beliau kongsikan. Abang Azhar sempat berkongsi pengalaman beliau dalam sukan memanah kepada sukarelawan thirdforce. Beliau amat menyokong Abangraja dan sukarelawan Thirdforce yang baru mula menceburkan diri dalam sukan memanah.Menurut beliau, sukan memanah ini dapat membantu kita lebih fokus dan peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita.

Beliau berharap agar semua sukarelawan thirdforce terus istiqamah dalam sukan memanah ini, kerana banyak manfaat yang akan diperolehi disamping mengamalkan sunnah Rasulullah.

Coretan Ringkas
Muhammad Hariri
Sukarelawan Thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*