[TF SAFUAN] BERBAKTI PADA USIA EMAS : AYAH NGAH THIRDFORCE

8 November, Universiti Malaya – Nama Cikgu Izani mungkin jarang kita dengar, tapi kalau di sebut Ayahngah pasti ramai yang mengenali beliau. Insan lama yang semakin di mamah usia yang telah memilih untuk menginfaqkan dirinya sepenuh masa untuk kerja-kerja amal bersama 3rd Force.

Beliau telah bersama 3rd force sejak Bah Kuning 2014 lagi, luaran mungkin seperti orang-orang veteran yang lain. Akan tetapi semangat dan usaha beliau melebihi orang-orang muda dalam 3rd force. Kita semua sangat kagum dengan komitmen beliau sebagai sukarelawan 3rd force.

Ayahngah adalah seorang guru yang telah bersara, pada ketika ini beliau sepatutnya boleh duduk berehat di rumah, bermain bersama cucunya, berkebun dan sebagainya. Beliau memilih untuk mengabdikan diri sebagai sukarelawan 3rd force.

Sebut sahaja di mana ada program 3rd force, beliau akan cuba sedaya upaya untuk turut serta. Memandu sejauh 300- 500 km pun beliau sanggup untuk sama-sama menyumbangkan apa yang termampu.

Beliau turut hadir pada prgram hari ini iaitu Workshop Exibition & Competition ( WEC) Related To The Person With Disablity & Elderly 2017 ( ORKID) di UM.

Namun begitu pada harini Ayahngah terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi. Akibat tidak mendapat rehat yang cukup, beliau mengalami sedikit demam. *Alah bisa tegal biasa*
beliau tetap mahu menjaga booth 3rd Force.

Kita semua doakan agar Ayahngah cepat sembuh dan kembali segar seperti sediakala. Insan berjiwa besar ini telah banyak memberi semangat dan kesan yang mendalam pada kita semua dalam membuat kerja-kerja amal ini, selain dari abangraja dan sukarelawan lain.

Jomm kita sama-sama meriahkan booth 3rd Force di Dewan Tunku Canselor, dapatkan buku JJOB dan Jus Aura di Raja pada harga promosi dan turut menyumbang kerana jualan ini adalah untuk menampung program amal 3rd Force. Juga berpeluang untuk berjumpa dengan Abangraja secara live, Ayahnyah dan ramai lagi sukarelawan lain.

Semoga kita semua di dalam rahmat dan kasih sayangNya..

Insya Allah..

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3dforce
#togetherwearesronger

Laporan oleh
Safuan Salehan
Sukarelawan 3rd Force
UM Kuala Lumpur

Related Post

Leave us a reply

*

*