[TF SYAM] SEBENTAR DI PETRONAS ; KENAPA JADI BEGINI???

Dari rumah,niat awalnya nak mengisi minyak kereta,bila buka dompet duit tak cukup,so masuk beratur di ATM,,saya beratur di Belakang sorang pakcik tua yang umurnya dalam lingkungan 65 @ 66 tahun..

Masih ada 5 orang dihadapan menunggu giliran untuk menggunakan mesin ATM tersebut..yang dah berjaya keluarkan duit masing-masing tersenyum dan berlalu pergi.

Seterusnya giliran pakcik dihadapan saya yang memasukkan kadnya yang kelihatan agak baru, pakcik ni mengambil masa yang agak lama di ATM dengan keadaan tangan yang terketar-ketar dan tergopoh gapah,mungkin kerana memikirkan masih ramai yang menunggu giliran dibelakangnya..

Masa yang diambil begitu lama membuatkan mata saya melilau kepada screen ATM tersebut.

“Baki Anda ialah RM10”

Saya terus memerhatikan tindakan seterusnya yang akan dilakukan pakcik tersebut.

Pertanyaan ATM “adakah anda ingin meneruskan urusniaga? Pakcik tersebut meneruskan dengan menekan butang “YA”.

dan meneruskan untuk membuat pengeluaran RM10 tadi.

“Maaf Baki Anda Tidak Mencukupi”

Lalu pakcik itu mengambil kadnya dan terus melangkah perlahan-lahan keluar dari situ. Jelas diwajahnya menampakkan kekecewaan dan kelihatan berkaca air mata dimatanya..

Saya dengan tanpa lengah cepat-cepat meneruskan pengeluaran wang dan terus berpaling untuk mencari orang tua itu untuk memberikan sedikit wang tapi dia sudah tidak kelihatan lagi…

Ya Allah..mengapa terkunci mulutku untuk berkata “tunggu sekejap pakcik”

Sekurang-kurangnya dapat saya memberi sedikit sedekah kepadanya yang mungkin dia sangat memerlukan duit pada ketika itu.

Saya cuba mencari di setiap penjuru petronas namun kelibatnya tiada kelihatan. Sesalnya rasa dihati..

Mungkin tidak berlauklah pakcik ari ni..mungkin isterinya dirumah menunggunya dengan harapan membawa pulang sekurang-kurangnya beberapa ekor ikan atau beberapa biji telur sebagai lauk tengaharinya..

mohon Allah pertemukan kembali saya dengan pakcik ini kerana saya rasa terhutang dengannya.

Diharapkan selepas ini saya tidak leka mementingkan diri sendiri lagi.

Maafkan saya pakcik..

TF SHAM
3RD Force Aura D’Raja.
https://www.facebook.com/dshamzhq/
H/p: 0133194983

Related Post

Leave us a reply

*

*