“MATI ITU PASTI” : TUNGGU KAMI DI SANA

PENGURUSAN JENAZAH SALAH SEORANG ASNAF DIBAWAH SELIAAN PERKALAS@3rd Force Sabah

TAWAU, 10 November 2017- Subuh tadi sebelum berangkat kerja dikejutkan mesej salah seorang sukarelawan PERKALAS@TF SABAH tentang meninggalnya seorang asnaf yang team sukarelawan bantu beberapa waktu lalu.

Pagi ini sukarelawan yang berkelapangan berkumpul di surau kampung airport lama untuk menguruskan jenazah. Dari memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan jenazah sehingga menghantar dan menguburkan jenazah diuruskan oleh team sukarelawan PERKALAS@TF SABAH dengan bantuan belia-belia kg Airport Lama.

Atas permintaan keluarga arwah, kami tidak paparkan secara terperinci gambar-gambar penghantaran bantuan sebelum ini.

Ada sesuatu nilai besar yang arwah ini ajarkan kepada team sukarelawan. Yakni sejahat manapun kita sebagai manusia belajarlah meminta maaf. Kemaafan itu adalah kemerdekaan bagi yang bersalah. Jauh lebih besar dari itu orang yang memaafkan kesalahan orang lain lebih mulia di sisi Allah.

Semoga arwah tenang menghadap ilahi. Begitu juga dengan keluarga (anak dan isteri) yang ditinggalkan diharapkan tabah menghadapi ujian yang menimpa. In sya Allah PERKALAS@TF SABAH akan membantu yang termampu. Doakan dan bantu kami agar semakin ramai orang-orang yang dalam kesusahan dapat tertolong dengan gelombang kebaikan.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583.

Related Post

Leave us a reply

*

*