[TF SHAM]BILA HATI TERSENTUH ; KASIH SAYANG DIPENGHUJUNG USIA

Pastinya kita dilahirkan oleh seorang perempuan yang bergelar ibu… Ada petikan ” seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak dengan baik. Tapi belum tentu 10 anak dapat menjaga seorang ibu dengan seperti sepatutnya.

Bila dah usia menjangkau tua apa lah sangat yang seorang ibu perlukan. Bukan emas sedulang, bukan duit ringgit berjuta.

Berbahagia lah hati seorang ibu andai ada anak2nya yang selalu berada di sisi di penghujung usia ini. Sementara Allah masih memberi mereka bernafas, peluklah mereka dengan pelukan kasih sayang..

Dengarilah rintihan hati mereka. Dengar lah cerita mereka walau sudah sukar untuk difahami. Kerana itu bahasa tua.

Itu lah yang kami perhatikan berlaku kepada Nenek Munah ibu kepada Tokngoh Din yang 3rd Force bina rumah di Kg Bunut Sarang Burung Tumpat baru-baru ini.

Nenek menanggis gembira dan terharu apabila melihat rumah yang dibina telah siap sepenuhnya dlm masa yg sangat singkat. Apa lagi bila nenek disapa abangraja yang melayan dan berbicara denganya seperti beliau melayan ibunya sendiri.

Nenek Mudah tidak dapat menahan sebak apabila abg raja berkata ” Mok… umah mok siap doh ni, lepas ni mok mari duduk deh”…

Beliau sebak apabila kita semua datang membawa kasih sayang untuk nya … Kehidupan menumpang di rumah yang dhaif dari lahir sehingga kehujung usia memberikan sedikit senyuman buat nenek … Bayangkanlah doa-doa yang nenek dan keluarga asnaf ini panjangkan untuk kita semua yang menyumbang setiap masa selagi umur masih ada …

Ianya saham akhirat kita pastinya …

Mungkin kita pun begini bila berada di usia ini nanti. Semoga kita juga akan mendapat kasih sayang seperti ini dari orang ranmai andai dipanjangkn umur nanti. InsyaAllah.

Kasih sayang luar biasa bersama Aura D Raja …
“Jomm jadi orang baik2”

Coretan kata:
Sham
3RD Force Aura Draja.
H/P: 013-319 4983
https://www.facebook.com/dshamzhq

Related Post

Leave us a reply

*

*