[TF SHAM] DIGAGAHI JUGA TANPA MEMINTA-MINTA

Setiap rumah pasti ada tiang tegak kukuh bagi menongkat beban berat dari setiap inci rumah itu. Dalam satu keluarga pun begitu, pasti ada sang hero yang menjadi benteng pertahanan seisi keluarga baik keselamatan mahupun kewangan.

Itu lah tanggung jawab yang harus di pikul oleh Pak Mail salah seorang asnaf yang pernah dibantu oleh kita semua keluarga besar 3rd force satu masa dulu dengan membina sebuah rumah dan menyumbang sebuah motosikal beroda 3 (coley) untuk beliau berdikari dan melakukan kerja seharian.

Petang ini terserempak dengan Pak Mail. Keletihan dan kelesuan jelas terpancar di wajahnya selepas seharian penat bekerja barangkali.

Walaupun badannya terasa tak sihat tapi katanya beliau gagahi juga demi hari esok dan seterusnya..

Ketika 3rd force bertemu Pak Mail suatu ketika dahulu, keluarga Pak Mail adalah sebuah keluarga yang sangat dhaif. Beliau beteduh di sebuah rumah yang sangat usang menunggu masa untuk rebah ke bumi … Beliau yang bekerja dengan hanya mengambil upah membuat bata untuk menyara seorang isteri dan 3 orang anak…i
tu pun jika hari tak hujan..

Beliau tidak pernah meminta apa-apa bantuan dari kita. Kitalah yang menawarkan diri untuk membantu.
Kehidupan Pak Mail kini semakin baik, malah Pak Mail dapat menambahkan lagi punca pendapatannya dengan menjual roti di sebelah petang sekitar kawasan tumpat menggunakan motor roda tiga yang kita sama-sama sumbangkan dulu.

Setiap awal pagi selepas selesai hantar anak ke sekolah, Pak Mail terus menuju ke destinasi tempat beliau mencari rezeki iaitu mengambil upah membuat bata. Menjelang tengahari, Pak Mail akan bergegas ke sekolah untuk mengambil kembali anak-anak beliau untuk di hantar balik ke rumah sebelum dia meneruskan pekerjaan nya yang kedua menjual roti.

Begitulah rutin harian kehidupan Pak Mail. Beliau sangat menitikberatkan pelajaran anak – anak..

Pak Mail tak pernah meminta bantuan daripada sesiapa untuk dia menanggung kehidupannya, bahkan Pak Mail sendiri bekerja keras untuk menampung keluarganya, menampung perbelanjaan hariannya walaupun terpaksa melakukan 2 kerja sehari..

Pak Mail sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dia dapat walaupn “Kais pagi makan pagi, Kais petang makan petang”. Pantang berjumpa dengan kami pasti akan diberikan roti2 yg beliau jual … jika kami menolak akan terpancar kesedihan di raut wajahnya. Mungkin kerana itulah tanda terima kasih beliau dan kasih sayang beliau untuk kita semua yg membantu …

Pak Mail sangat berterima kasih kepada abang raja, kepada kita semua keluarga besar 3rd force atas bantuan dan kemudahan yang diberikan kepadanya utk beliau meneruskan kehidupannya, membantu pembelajaran anaknya, merubah segala-galanya dalam hidupnya. Kata beliau … kita semua telah menunjukkan roh Islam yang sebenar dengan prihatin kepada nasib beliau.

Demikianlah berkat kesabaran Pak Mail dan sifat sentiasa bersyukur dengan apa jua nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya maka Allah datangkan bantuan tanpa diminta.

Sabar itu kan separuh daripada iman.. Jadi, jangan pernah mengeluh walau sedikit rezki mana pun yang Allah bagi.. sesungguhnya rezeki itu milik Allah.. Semoga hidup Pak Mail akan sentiasa ceria. Doakanlah kami juga …

“JOMM JADI ORANG BAIK2″
” Aura Draja Bukan Sekadar Aura Biasa”

Perkongsian
TF Sham
3rd force Aura D raja
H/p 0133194983
http://www.facebook.com/auradrajadshamz

Related Post

Leave us a reply

*

*