[MARTIAL ART TRAINING] Misi Jangka Panjang : Latihan mingguan seni bela diri sukarelawan thirdforce.

Sudah 3 minggu tak ada latihan disebabkan kenduri kawin melibatkan sukarelawan tf dan juga trip umrah abangraja. Hari ni kelas bermula semula.

Abangraja target semua sukarelawan ini utk grading secepat mungkin dan dapat black belt secepat mungkin untuk setup TF Martial Arts Academy bagi membantu anak2 di pedalaman agar diisi dengan aktiviti bermanfaat seni mempertahankan diri.

Ianya adalah antara program jangka panjang yg dirangka abangraja bagi membangunkan modal insan negara pada usia muda agar anak2 ini yg tak mampu mempelajari seni bela diri ini dari terjerumus melakukan aktiviti tak sihat disamping membina bonding istimewa antara thirdforce dan pelapis kerja2 kemanusiaan.

Doakan impian dan usaha ini berjaya ya. Kerana terlalu bnyk pengorbanan yg abangraja dan sukarelawan tf harus tempuhi bagi merealisasikan usaha membina modal insan ini tanpa dana, apa2 geran dan peruntukan …

Semuanya kerana Allah
Kerana sokongan dan kasih sayang kalian keluarga besar thirdforce.

Jommm jadi orang baik-baik.

Related Post

Leave us a reply

*

*