19/12/2017 Rantau Panjang
Allhamdulillah hari ini jam 11 pagi kami thirdforce Rantau Panjang membantu meringankan beban anak 2prihatin.Anak prihatin terdiri dari anak- anak yatim dan ankak asnaf dalam menyediakan keperluan asas persekolahan

Kita sedia maklum persekolahan bagi tahun 2018 akan bermula tak berapa lama lagi . Ketiadaan pakaian sekolah mana mungkin anak -anak prihatin ini hendak ke sekolah

Degan kos sara hidup kini yang semakin meningkat merungsingkan penjaga anak-anak prihatin ini.Tapi kerungsingan dan kebimbagan mereka terus lenyap bila mana diberitahu yang anak-anak prihatin ini mendapat sumbangan dari peyumbang yang baik hati

Penyumbang ini telah bersetuju untuk meyumbang seramai 60orang kanak- kanak yang terdiri dari anak-anak prihatin di sekitar Rantau Panjang

Kami telah diamanahkan oleh penyumban untuk meyediakan 2 pasang pakaian seragam sekolah,satu pasang kasut, dua pasang stokin dan satu beg sekolah bagi setiap seorang.

Kami thirdforce Rantau Panjang telah memilih pasaraya Pantai Timur di Rantau Panjang untuk urusan pembelian pakaian anak-anak prihatin ini .Mereka terdiri dari anak-anak perempuan dan laki – laki .Dari darjah satu sehingga tingkatan lima.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasaraya Pantai Timur Rantau Panjang dimana telah menyediakan hadiah sampingan berupa bekas nasi, tuala kecil, jam meja ,bekas air dan juga pensil serta pemadam.

Pihak pasaraya begitu teruja dengan kehadiran anak -anak prihatin ini dan meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan hadiah yang istimewa kepada anak-anak prihatin ini, kerana kedatangan mengejut dari kami. Jika diberitahu awal mungkin hadiah yang lebih istimewa dapat disediakan.

Bagi kami ini semua sudah memadai . Dengan potongan harga yang diberi di samping hadiah yang anak – anak prihatin dapat kami mengucapkan jutaan terima kasih.

Kegembiraan jelas terbayang diwajah anak-anak prihatin ini semasa membuat pilihan saiz pakaian mereka. Mereka begitu teruja dengan kelengkapan persekolahan yang baru. Macam-macam kerenah dan ragam semasa membuat pilihan

Dengan adanya pakaian baru ini diharap mereka tidak rasa rendah diri bila hari pertama ke sekolah, dan hadiah kecil yang diberi oleh pasaraya Pantai Timur dapat menaikan semangat kesekolah serta meningkatkan prestasi pembelajaran.

Kami thirdforce Rantau Panjang mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan juga pasaraya Pantai Timur Rantau Panjang untuk potongan harga dan hadiah untuk anak-anak ini.

Tiada yang lebih membahagiakan bila melihat anak-anak prihatin ini gembira.Kegembiraan jelas terpancar diwajah mereka

Selamat kembali ke sekolah wahai anak anak istimewa. Semoga kalian mampu belajar dalam keselesaan dan menjadi pelajar yang cemerlang untuk sekolah ibu bapa dan kebanggaan kami semua.

Thirdforce Together We Are Stronger
Jom Jadi orang baik -baik
K mah thirdforce Rantau Panjang
012-9492923

Related Post

Leave us a reply

*

*