[LAWATAN SUSULAN KES ADIK SHAHRUL] PELAJAR MRSM DARI KELUARGA ASNAF YANG MENDERITA SAKIT TIBI TULANG BELAKANG

Selasa |Pasir Puteh | 19 Disember 17 |Pagi ini Sukarelawan Thirdforce sekali lagi pergi ke rumah Adik Shahrul di Lorong Haji maskam, Jalan sek Keb kamil, Pasir Puteh.

Kami terpaksa berhentikan kereta jauh dari rumah adik Shahrul kerana jalan nak masuk ke rumah beliau becak teruk kerana hujan lebat malam semalam dan kenderaan kami hari ni takada 4 x 4. (Pernah dah lekat sekali).

Hari ini Allah takdirkan kami dapat jumpa adik Shahrul dan emaknya serta adik-adiknya yang lain. Kebetulan masa kami sampai tadi ayahnya baru balik daripada kerja di Sekolah Kebangsaan Kamil 3 sebagai tukang kebun pekerja pembersihan swasta di situ.

Alhamdulillah, adik Shahrul menunjukkan perkembangan kesihatannya yang positif. Kami dimaklumkan yang emaknya baru balik mengambil ubat adik Shahrul di Hospital Pasir Puteh. Penyakit TIBI tulang Belakang ini setiap hari kena makan ubat dan tak boleh tinggal.

Kami berasa sebak apabila diberitahu mereka pergi ke hospital untuk temujanji 2 hari lepas dengan teksi. Ayahnya hantar mereka dengan motor di tepi jalan untuk mereka naik teksi. Tak dapat bayangkan kesakitan dan kesukaran keluarga ini yang terpaksa mengharungi kesusahan untuk dapatkan perkhidmatan perubatan.

Melihat pada paras air yang di depan rumahnya tadi, kami terfikir bagimana mereka boleh teruskan hidup dengan air yang tidak bersih. Mereka kini 100% bergantung pada air telaga.

Walaupun jabatan kesihatan ingin memberi bantuan air bersih, namun ianya terhalang kerana isu tanah milik orang lain.

Semasa banjir bulan 11 tempoh hari, rumah adik Shahrul juga dinaiki Air sehingga mencecah ke atas lantai rumah dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan Sementara di Dewan SMK Kamil.

Mereka memerlukan plan jangka panjang yang baik. Dengan keadaan rumah yang uzur, keadaan persekitaran yang tercemar, ketiadaan air bersih untuk minum dan keperluan harian yg mendesak kami merasakan mereka harus ada sebuah rumah di tempat lain dan tidak terikat dengan sesiapa.

Sebelum pulang, kami ada memberi beberapa barang keperluan dan beras untuk keluarga ini. Ayuh.. sama-sama kita meringankan beban yang ditanggung adik Shahrul dan keluarganya.

Laporan disediakan oleh:
Ramadan dan Zulkifli
Sukarelawan Thirdforce Pasir Puteh

Related Post

Leave us a reply

*

*