PROGRAM SUNATHON 2017

Khamis | 21 Disember 17 | Kota Bharu – the thirdforce Medic hari ini telah menganjurkan program Sunathon di Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian.

Program yang masuk tahun ke tiga ini telah berjaya mengumpul 25 orang peserta yang rata-ratanya daripada golongan kurang berkemampuan.

Para ibu bapa yang hadir menzahirkan syukur dan berterima kasih pada pihak penganjur kerana mengadakan program Sunathon ini secara percuma. Jika dibandingkan kos berkhatam di klinik swasta boleh mencecah ratusan ringgit.

“saya mempunyai 6 orang anak dan 3 orang anak saya telah berkhatam di klinik swasta dan kosnya agak mahal. Bila saya tahu thirdforce ada buat program Sunathon, saya telah membawa Anak yang kelima saya untuk berkhatam disini”.

“bila adanya program ini ia mampu mengurangkan bebanan yang kami tanggung”.

Tambahnya lagi, program seperti ini memberi manfaat kepada mereka dan diharap dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada Belia Masjid Al-Sultan Ismail Petra, persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Kelantan, Persatuan Pekerja Islam (PPI), Malaysia Medical Associated (MMA) dan Semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga usaha yang kecil ini mampu memberi ganjaran yang besar di sisi Allah nanti.

Insya Allah tahun depan kita akan anjurkan lagi perogram seumpama ini.

Jomm jadi orang baik baik

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*