BANTUAN BARANG KEPERLUAN SEKOLAH

24 Disember-Kuala krai, selesai sahaja solat sunat dhuha, sukarelawan Thirdforce HQ telah keluar melaksanakan tugasan masing-masing. Manakala Abang raja pula menyambung kerja pajabat yang masih banyak lagi.

Beberapa orang sukarelawan Thirdforce HQ hari ini turun ke Batu Balai, Kuala Krai membantu membawa anak-anak asnaf membeli barangan keperluan sekolah.

Antara asnaf yang thirdforce bantu ialah Kak La, Abang Soh dan Abang Zamri.

Asnaf Kak La mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Seorang ibu tunggal yang sangat cekal dan terpaksa melakukan 2 kerja untuk menyara anak anaknya.

Abang Soh pula mempunyai 3 orang Anak Kelainan Upaya (OKU) yang masing-masih masih bersekolah. Kita bantu persekolahan anak-anaknya.

Abang Zamri pula, thirdforce membantu membina rumah kepadanya. Rumah beliau di tengelami air ketika banjir 2014 dulu. Namanya disenaraikan penerima bantuan rumah daripada kerajaan, tiba-tiba indah khabar daripada rupa. Tak palah..

Jutaan terima kasih thirdforce ucapkan kepada semua penyumbang yang sama-sama membeli saham akhirat masing masing. Terima kasih tak terhingga juga kepada pihak pasararaya Hari-hari cawangan Kuala krai kerana memberi diskaun kepada thirdforce.

Kami berasa sungguh gembira melihat raut wajah anak-anak asnaf bila mereka dapat baju sekolah baru. Rata rata mereka berat dengan bantuan ini kerana ayah dan ibu mereka hanya bekerja kampung sahaja.

Sebelum pulang, sukarelawan memberi semangat dan kata-kata kepada adik-adik ini supaya sentiasa bersyukur dan belajar rajin-rajin serta jadi orang baik baik.

Kepada yang mahu membantu lagi masih boleh terus PM ke inbox Fb page ini utk detail bagaimana boleh sama2 membantu ya.

Jomm jadi orang baik baik

Perkongsian dari
Iskandar
Sukarelawan thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*