[TF SABAH] PROGRAM DAPUR SYURGA

LAHAD DATU 24 Disember 2017- Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk PERKALAS@3rd Force Sabah menyebarkan gelombang kebaikan di bumi Sabah. Pagi ini lokasi pilihan ialah bandar Lahad Datu.

Sasaran agihan “Program Dapur Syurga” kali ini ialah Para musafir atau keluarga pesakit di hospital yang terpaksa bermalam di kaki lima hospital kerana tinggal jauh dan tidak mampu menampung kos bermalam di hotel sementara menunggu keluarga mereka selesai menerima rawatan.

Selain itu, Saudara-saudara Pala’u @ gipsi laut di Bandar ini juga tidak kita lupakan. Makanan dan minuman percuma untuk masyarakat Pala’u adalah satu kemenangan untuk perjuangan PERKALAS@3rd Force Sabah meletakkan kembali manusia sebagai makhluk paling agung ciptaan Tuhan yang perlu dihormati dan dilayan sebaik-baiknya. Bagi kami Semua manusia berhak untuk hidup bahagia di bumi Tuhan.

Terima kasih kepada semua sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah, rakan-rakan daripada Langmerah Malaysia (Lahad Datu) dan Dee lya mee tauhu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Semoga program sebegini terus mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat untuk sentiasa berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!
“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*