UPDATE BANTUAN UNTUK MAKCIK AYANG DI KAMPUNG PANGKALAN LAHAD DATU.

LAHAD DATU 26 Disember 2017- Makcik Ayang merupakan penerima bantuan bulanan barangan dapur sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah.

Makcik ayang telah kematian suami beberapa tahun lalu tanpa sebarang zuriat. Untuk meneruskan kehidupan makcik Ayang akan memasuki ladang sawit untuk mencari pucuk paku pakis dan cendawan untuk dijual.

Hanya pondok buruk inilah sahaja satu-satunya peninggalan arwah suaminya yang hari ini menjadi tempat berteduh makcik Ayang. Sedih hati melihat keadaan dapur Makcik Ayang sehari-hari memasak menggunakan kayu api dan pelepah kelapa kering.

Terima kasih ya Allah kerana memberi kami peluang melihat semua ini di depan mata. Rasa lebih bersyukur dengan apa yang dipinjamkan oleh Allah saat ini.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!
“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*