[TF KOTA BHARU] UPDATE BANTUAN ADIK SITI AMIRAH

Assalamualaikum… Selasa 26 Dis 2017.. Alhamdulillah selesai urusan pendaftaran adik Siti Amirah di Kolej Uniti, Jalan PCB, Kota Bharu.

Adik Siti Amirah adalah anak yatim piatu, bekas penghuni Darul Aitam Puteri Kota Bharu. Mendaftar kursus Diploma Pengurusan Makanan Halal.

Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat untuk tuan puan dan semua sukarelawan Thirdforce.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan pentadbiran Kolej Uniti atas layanan mesra yang diberikan.

Marilah kita doakan agar adik Siti Amirah dapat belajar dengan baik dan mendapat kejayaan cemerlang. Kepada semua penyumbang saham akhirat tuan puan sedang mengalir di sini.. Aamiin.. Insyaallah.

Cikgu Wan Zairi
Thirdforce Kota Bharu
26/12/2017

# Jom pakat jadi orang baik baik
# Thirdforce.. Together we are stronger..

Related Post

Leave us a reply

*

*