UPDATE BANTUAN 3.0 UNTUK MANGSA KEBAKARAN KG SUNDANG LAUT : BANTULAH KAMI. KEADAAN SANGAT SUKAR DISINI

SANDAKAN 29 Disember 2017- Alhamdulillah sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah buat kali ke 3 melawat mangsa kebakaran untuk berkongsi rezeki yang ada.

Pada petang ini perkongsian dimulakan dengan menyediakan minum petang untuk mangsa kebakaran. Selepas itu agihan pakaian dan beras untuk setiap ketua keluarga (58 ketua keluarga) dilaksanakan oleh para sukarelawan.

Telah masuk hari ke 6 mangsa kehilangan tempat tinggal kerana kebakaran. Semoga bantuan yang lebih besar daripada pihak berwajib untuk membela mereka secepatnya tiba di kawasan ini.

Sedih melihat mangsa berhimpit-himpit tidur di khemah yang sangat terhad jumlahnya jika dibandingkan 370 orang mangsa yang mendapat musibah. Semoga mereka lebih dipedulikan saat mereka terkena musibah. Ini lah saatnya mereka perlu dibantu. Peralatan masak belum semua mangsa mendapatkannya.

Semoga selepas ini pihak berwajib, masyarakat sekitar, rakan-rakan NGO lebih ramai yang turun padang membantu. Bantuan kilat telah diberikan saat ini bagaimana nasib mereka untuk memulakan hidup baru perlu mendapat perhatian khusus daripada pihak berwajib.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah (Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu) kerana sentiasa membantu melaksanakan misi sebegini. Tidak lupa kepada semua keluarga besar PERKALAS@3rd Force Sabah di seluruh Malaysia yang membantu kami di sini.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*