[TF PERAK] MENZIARAHI KELUARGA ASNAF DI LEKIR : SAHAM AKHIRAT DI BUKA

Berikutan permintaan daripada jiran keluarga asnaf yang bernama Puan Mariah pada 27 Disember 2017, Ustaz Syed Sharim dan Pn Hasliza dari The Thirdforce Perak sempat menziarahi keluarga berkenaan di rumah mereka yang beralamat No 239 Batu 9, Lekir.

Ahli keluarga ini terdiri daripada seorang warga emas bernama Zaharah bt Musa (73 tahun), menantunya Noria (32 tahun) dan 4 org anaknya yang berumur 11, 10, 9 &7 tahun. Suami Puan Noria meninggal dunia 3 tahun lepas, mereka hidup hanya dengan mengharapkan bantuan Baitulmal sebanyak RM500 sebulan dan bantuan kebajikan RM 200 sebulan.

Opah Zaharah tidak bekerja. Puan Noria mencari rezeki dengan menjual goreng pisang, itu pun tidak menentu, bergantung jika modal untuk berniaga. Anak-anaknya semua bersekolah di SK Bt 9, Lekir. Anak sulungnya perempuan, yang lainnya adalah lelaki.

Semasa di sana, kami dapati tidak ada langsung barang makanan di dapur. Sangat menyedihkan. Mereka mungkin tidak makan selama beberapa hari.

Daripada lawatan kami, memang sah keluarga ini memerlukan pertolongan dan kami dari The Thirdforce Perak akan membuat tindakan untuk meringankan beban ibu tunggal, warga emas dan anak-anak yatim ini.

TINDAKAN THE THIRD FORCE PERAK

1. Selepas sahaja menziarahi keluarga asnaf ini, kami telah membelikan dan menghantar barangan dapur kepada mereka.

2. Kami bercadang untuk menempatkan keempat-empat anak yatim di Kompleks Pendidikan Manabi’ul Ulum (KPMU).

3. Kami telah berbincang dengan Miss Cheah untuk mengadakan program gotong-royong membersihkan dan mencerikan rumah mereka. Cadangan untuk mengecat rumah dan juga membaiki pintu dan mengganti tingkap yang tidak ada cermin. Kami dimaklumkan bahawa kediaman mereka adalah rumah PPRT atas tanah sendiri.

4. Satu team sukarelawan dari The Thirdforce Perak akan membuat lawatan susulan ke rumah Opah Zaharah untuk memantau dan melihat apa yg kita boleh lakukan sebelum membuat rancangan untuk program bergotong royong.

5. Kami juga ada memaklumkan status keluarga ini kepada seorang hamba Allah dari Teluk Intan yang ingin membuat sumbangan kepada mereka.

6. Kami akan berjumpa dengan ketua kampung kawasan ini untuk memaklumkan niat untuk menjalankan program gotong-royong dan memohon kerjasama daripada beliau. Kami juga ingin mendapat maklumat yang lebih lanjut daripada beliau tentang keluarga ini.

7. Pada masa yang sama, kami akan viralkan cerita keluarga ini di media massa dan memohon sumbangan untuk mereka.

Dilaporkan oleh:
Ustaz Syed Sharim bin Shayid Khalim
The Thirdforce Perak
H/p : 0195121274
29 Disember 2017

Related Post

Leave us a reply

*

*