PAKCIK, BOLEH TAK BELIKAN KASUT UNTUK ABANG SAYA JUGA?”*

30 Disember, Kuala Krai – Selesai makan kenduri di rumah sukarelawan kita di Pasir Pekan, 3 orang sukarelawan kita bergegas menuju ke Kuala Krai kerana pada hari ini juga kita ada ‘temujanji’ membawa anak-anak asnaf membeli barang-barang keperluan sekolah. Abangraja tidak dapat ikut serta kerana terpaksa berjumpa doktor utk menyedut cecair yg menyebabkan tempat pembedahan belakang kepala beliau tu bengkak.

Namun kes seterusnya ini juga diikut rapi perkembangan oleh abangraja dari awal kerana ianya adalah kes yg sangat genuine.

Kita mencuba sebaik mungkin menunaikan amanah tuan-puan semua, walaupun masa semakin suntuk sekolah sudah hampir nak buka … kita kalau boleh semahunya kanak-kanak ini turut dapat merasa semangat untuk kembali ke sekolah seperti kanak-kanak lain.

Kalian selusurilah program-program bantuan kita yang mana update saban hari kami kongsikan di sini facebook page ini.

Disinilah kami salurkan maklukat program kemanusiaan sumbangan kalian semua.

sukarelawan Thirdforce Kuala Krai, Cikgu Zul memilih baju sekolah untuk anak-anak asnaf di Pasaraya Hari-Hari,Kuala Krai.

Dan hari ini di saat kita sedang membantu kanak-kanak ini membeli barang-barang, tiba-tiba salah seorang daripada kanak-kanak tersebut bertanya kepada sukarelawan kita, “pokcik , buleh dop belikan kasut koloh untuk abe kito?”

Kami semua seperti terkejut bagaimana budak sekecil ini sudah mampu memikirkan nasib orang lain di saat dia sendiri pun di bantu orang lain. Kasih sayang beliau pada nasib abangnya yg tidak bersama pada hari ini jelas menggambarkan kesempurnaan didikan yg diterima walaupun anak ini hidup miskin hanya bersama ibu tanpa ayah.

Tanpa sedar hati kami jadi sebak …
Air mata tak boleh tahan lagi untuk keluar …

“Boleh adik … insyaAllah pakcik usahakan … kita semua usahakan … Ada ramai pakcik dan makcik kat luar sana kawan2 pakcik raja orang baik-baik akan usahakan …tapi adik kena janji adik dengan abang adik tu kena jadi budak baik dan belajar rajin-rajin …”

Adik tu hanya terdiam dan mengangguk bisu …

Subhanallah..

Kerana perkara-perkara seperti inilah ramai sukarelawan kita tidak mampu berundur lagi dalam kerja-kerja amal ini dan bersedia untuk bertalaqi besama abangraja meneruskan kerja2 kemanusiaan ini walau dihentam, difitnah dan dikata yang bukan-bukan.

Kami turun padang, kami turun sendiri, kami jejakkan kaki sendiri ke pintu rumah2 asnaf ini dan kami rasai sendiri kesukaran yg mereka lalui …

Kita di pertemukan dengan pelbagai keajaiban Allah swt. Kita melihat sendiri bagaimana Allah menunaikan janji bahawasanya sesiapa yang menolong orang lain Allah pasti menolong beliau …

Hanya yg terlibat dapat merasainya. Alhamdulillah.

Kita juga di pertemukan dengan asnaf-asnaf yang baik, yang tidak meminta-minta, yang tak mengambil kesempatan serta sentiasa bersyukur dengan nikmat dan pemberian Allah swt walaupun ada segelintir jugak asnaf-asnaf yang ‘mengepau’, menipu maklumat, asyik nak mintak bantuan, malas bekerja dsbg.

Hehe.. tapi kita tak kisah, Allah kan ada. Siapalah kita utk jusge mereka. Sesungguhnya itu juga adalah ujian untuk kita.

Abangraja selalu pesan… Tugas kita hanya membantu sekadar yg termampu bukan untuk selesaikan masalah asnaf tu sebab kita bukan penyelesai massalah. Yang selesaikan masalah adalah Allah.

Kalau ada asnaf yg menipu maklumat itu hal dia dengan Allah … Mana tahu berkat kesabaran dan kebaikan yg kita sebarkan satu hari nanti orang jahat akan malu nak buat jahat … Ashaf ini akan dapat hidayah dan berubah jadi baik.

Ayuh semua kita berganding bahu, kita sebarkan sejauh mungkin rasa kasih sayang ini, kita bantu seramai mungkin berdasarkan kemampuan masing-masing dan kita rasai sendiri nikmat dan keajaiban Allah swt. Apa yang penting, ikhlaskan hati dan jangan mengaharapkan apa-apa balasan.

Terima kasih kerana terus menyumbang dan menyokong kerja2 kemanusiaan thirdforce yang akan masuk tahun ke empat jannuari 2018 nanti.

Untuk sama-sama membantu sila pm inbox facebook page ini atau whatapps 0173872232. Kami takleh mesej atau PM kalian dulu sebab ini FB page bukan FB personal yg biasa tu.

Jom jadi orang baik-baik.

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3edforce
#togetherwearestronger

Perkongsian dari:
Iskandar, Zulkifli & Safuan
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh.
H/P: 013-961 7103

abangraja : 017-387 2232
Ewan : 012-359 8767 (PA abangraja)

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*