MASIH ADA YANG SAYANG : JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

Semalam kami 3rd force Pasir Mas mengunjungi rumah Puan Julailie Yasmin yg tinggal di Kampung Tanjung,Bunut Susu,Pasir Mas. Puan Julailie mempunyai 6 orang anak. Anak ketiga sudah di berikan pada orang disebabkan faktor kemiskinan. Sekarang ada 5 orang lagi dalam jagaan Puan Julailie.

Suami beliau mengidap pelbagai penyakit dan sekarang ini Puan Julailie sedang mengandung anak ke tujuh. Beliau sendiri mengalami penyakit kencing manis dan keadaan kesihatannya sangat tidak memuaskan serta berada dalam pemantauan doktor.

Pihak 3rd Force Pasir Mas di fahamkan sebelum ini yang keluarga Puan Julaili telah kehabisan bekalan makanan dan anak2 beliau terpaksa makan di rumah jiran. Menyedari keadaan ini kita telah mengambil langkah segera menghantar bekalan makanan termasuk beras ke rumah Puan Julailie sebagai tanda kasih sayang, persahabatan dan keprihatinan.

Kunjungan kami juga mendapati keadaan atap rumah juga tiris bila hujan. Bil elektrik jugakn tertunggak hampir mencecah rm1000.

Beberapa hari sebelum sekolah di buka baru-baru ini, anak lelaki dan anak perempuannya telah di pilih untuk mendapatkan bantuan kelengkapan persekolahan dalam program ‘Kembali Ke Sekolah’ anjuran 3rd force Pasir Mas. Namun, pada pagi tersebut sukarelawan yang bertugas mengangkut anak-anak ini ke bandar Pasir Mas memberitahu anak-anak Puan Julaili tak mahu ikut serta kerana segan disebabkan tiada tiada baju untuk di pakai.

Untuk itu pada pagi tersebut jiran terdekat telah meminjamkan bajunya pada kedua-dua anak Puan Julailie untuk dipakai ke bandar bagi membolehkan kita membeli pakaian sekolah untuk mereka.

Kita juga mengharapankan jika dapat di gantikan tilam yang baru dan rak untuk pakaian bagi keluarga Puan Julailie. InsyaAllah …

Abangraja ketika dihubungi untuk berkongsi kesusahan keluarga ini bersetuju untuk menyegerakan bantuan setakat yang termampu. Kata beliau bantulah setakat yg termampu bukan untuk selesaikan masalah tetapi sekadar membeli saham akhirat masing-masing.

Nantikan update plan bantuan untuk keluarga ini nanti.
InsyaAllah …

Lapuran dari Kak Lah
3rd force
Aura D’Raja Pasir Mas

Related Post

Leave us a reply

*

*