[UPDATE BANTUAN IBU TUNGGAL ANAK 7] BARANG BINAAN DI HANTAR

Hari ni, beberapa hari setelah kita kongsikan kisah seorang ibu tunggal anak 7 yg serba kekurangan, sukarelawan thirdforce memulakan usaha membaiki rumah kak rahimah di kuala krai. Usaha hari ni tertumpu kepada mengangkut dan membawa barang binaan, kayu, staging, simen dsbg utk tukang2 kita memulakan kerja secepat mungkin.

Abangraja mencadangkan dibuat bilik yg sempurna utk anak2 kak rahimah kerana ada anak lelaki dan perempuan yg dah besar serta semua anak2nya masih bersekolah.

Doakanlah agar semua usaha ini dipermudahkan Allah dan pastinya saham akhirat berterusan utk kita semua. Teruskanlah sama-sama membantu bukan utk selesaikan masalah sekadar mengambil saham akhirat masing-masing.

Kes ini akan diketuai oleh thirdforce kuala krai saudara Sauti dan Cikgu Zul.

Semoga Allah rahmati kita semua.

Jommm jadi orang baik-baik.

Tanpa banyak protokol
Tanpa banyak birokrasi.
Dari rakyat untuk rakyat.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Related Post

Leave us a reply

*

*