PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA

TAWAU 14 Januari 2018- Pagi tadi bertempat di Ma’ahad tahfiz Ashabissyahid, Kg Indah Tawau sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah telah menziarahi adik-adik penuntut di sini.

Ada 80 orang adik-adik yang mengorbankan masa muda mereka untuk mendalami ilmu Al Quran. 25 orang daripada mereka merupakan anak yatim. Adik-adik ini berasal dari seluruh daerah di Sabah.

Pagi ahad merupakan hari pelepasan untuk adik-adik. Hari ini mereka rehat dan melakukan aktiviti kesukaan mereka. Ada yang mengurus diri, mandi, membasuh kain dan mengemas kawasan sekitar ma’ahad tahfiz. Semua mereka lakukan sendiri. Dari kecil mereka dilatih untuk berdikari dan mampu untuk menguruskan diri.

Selesai itu team sukarelawan berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Kelihatan riak wajah mereka sangat gembira. Team sukarelawan sempat berkongsi nasihat dan bersama menjamu selera. In sya Allah dalam masa terdekat team sukarelawan akan melaksanakan “PROGRAM DAPUR SYURGA” bersama adik-adik pelajar di ma’ahad tahfiz ini.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*