MISI PARALIMPIK RAJA SHAMRI

Dulu masa di MRSM sukan memanah ni seperti elite sports. Anak-anak orang kaya dan those yang selected je dipilih oleh cikgu. Masa tu nak sangat masuk sukan ni sebab ianya tak perlukan berjalan / berlari.

Kawan-kawan yang masuk sukan tu pada masa tu dapat wakil SUKMA dsbg dan kini ramai yg dah jadi state coach termasuk national coach. Salah seorang darinya sekarang adalah coach saya …

Bermula hujung tahun lepas saya berazam untuk start sukan memanah ini dan insyaAllah akan cuba untuk compete dalam para games.

Ada banyak matlamat yang tersirat dan tersurat disamping mahu menjadi sebahagian dari individu yang mampu melakukan reform serta membela nasib atlit kurang upaya yang seringkali tertindas, di guna-gunakan, jauh ketinggalan dalam aspek pengisian jiwa, kerja rutin cari makan setiap hari yang sukar, matlamat hidup yang tak jelas, motivasi dan inspirasi dsbg.

Dibantu oleh sukarelawan thirdforce dan staff pejabat Golden Minds, saya mensasarkan memenangi pingat untuk negara satu hari nanti dalam sukan ini untuk PARALIMPIK.

Doakan saya kerana perjalanan baru bermula.
This gonna be very interesting.

#rajashamri2022
#rajashamri4malaysia
#jomjadiorangbaikbaik

Related Post

Leave us a reply

*

*