TF KAK AH INSPIRASI KITA SEMUA ; KEBAIKAN ADA DI MANA-MANA

18 Januari, Pasir Puteh – Masih ingatkan kita semua dengan keluarga Kak Ah dan Abang Yie bersama puteri comel mereka Dek Qis yang memandu dari Sungai Petani semata-mata mahu menghantar sumbangan dan menziarahi asnaf-asnaf bawah seliaan 3rd Force.

Alhamdulillah hari ini sekali lagi Kak Ah bersama-sama Deq Qis datang sekali lagi ke HQ kita untuk menyampaikan sumbangan. Abg Yie tidak turut serta kerana ada urusan lain, tapi hari ini Kak Ah datang bersama 3 orang puterinya ke HQ kita yang mana salah seorang doktor yang sedang bercuti. Kak Ah akan sentiasa memastikan ahli keluarnya akan turut serta menyelami dan melihat dengan sendiri keadaan asnaf-asnaf jagaan kita.

Kita bersyukur kerana di pertemukan dengan orang baik-baik dalam perjuangan ini, penyumbang baik-baik, dan asnaf yang baik-baik.

Semoga dengan sedikit perkongsian kisah Kak Ah dan keluarganya memberi kita semangat dan menjadi inspirasi untuk terus berusaha menjadi orang baik-baik. Kita tak sempat nak berbual panjang dengan Kak Ah kerana beliau perlu ke Kota Bharu dan terus menuju ke Sungai Petani.

Semoga Kak Ah dan keluarga selamat sampai ke destinasi yang di tuju dan terima kasih kerana melawat kami di HQ dan terus menyokong keluarga besar kita, Keluarga 3rd Force.

Insya Allahh…

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (Surah : Al Baqarah ayat 195)

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger
#rajashamri2012

Pengkongsian oleh
Safuan Salehan
Sukarelawan 3rs Force

Related Post

Leave us a reply

*

*