SEBESAR APAPUN IMPIANMU JANGAN MALU MEMULAKAN USAHAMU DARIPADA YANG PALING KECIL.

TAWAU 26 Januari 2018 | Malam ini selepas solat isyak team sukarelawan PERKALAS @3rd Force Sabah telah memulakan satu misi membantu merialisasikan impian salah seorang sukarelawan kita.

Sahabat ini berimpian mempunyai satu restoran besar yang berfokus menyediakan segala jenis sup dan makanan citarasa Indonesia. Menu handalannya ialah “Bakso budak Kaki 5”. Impiannya menggunung tinggi aku hanya tersenyum setiap kali sahabat ini meluahkan dan berkongsi cerita. Dalam hati ku berdoa semoga Tuhan mengabulkan permintaannya.

Aku sebagai sahabat melihat potensi yang ada dalam diri sukarelawan ini. Kami menggelarnya tangan ajaib. Setiap kali dia masak memang licin habis makanan itu kami kerjakan. Namun bagi aku impian tanpa usaha bersungguh-sunguh untuk mencapainya merupakan omong kosong. Doa tanpa usaha itu pasti tidak ke mana.

Oleh kerana itu hasil perbincangan kami putuskan untuk memulakannya daripada warung kaki lima. Semua dimulakan daripada bawah. Petang tadi sudah beli simen, batu dan keperluan lain untuk memulakannya. Part yang paling utama membina tapak untuk warung kaki lima ini.

Menggaul simen secara menual merupakan kerja yang sangat berat. Hihihi aku hanya memerhatikan kesungguhan sahabat-sahabatku menggaul batu pasir dan simen. Berpeluh-peluh mereka. Bayangkan kerja-kerja ini dilakukan dari jam 8.20 malam sehingga jam 1.00 pagi baru selesai.

Letih jangan ceritalah pucat lesi rupa mereka. Sesekali kukagagahkan kudratku yang tak seberapa ini untuk membantu mereka. Bukan mudah selain kemahiran perluh tenaga extra yang cukup padu menyiapkan projek malam ini.

Ini langkah awal sebuah impian. Ramai orang mahu berniaga tapi perlukan kos yang tinggi. Perlukan ruang yang serba moden sehingga sanggup berhutang sana sini agar semua serba lengkap barulah memulakan perniagaan. Bagi aku memulakannya daripada sekecil perniagaan yang berkonsep “resiko boleh tanggung” itu yang kupilih.

Daripada perniagaan yang aku dan sahabatku namakan “WARUNG BUDAK KAKI 5” ini tempat tarbiah diri untuk menguruskan perniagaan. Disinilah tempat sahabatku ini memulakan, mengurus kewangan, cara melayan pelanggan, cara mengurus konflik dan lain-lain akan teruji. Jika dia lulus dalam ujian menjalankan “perniagaan Bakso Kaki 5” tidak mustahil satu saat impian besarnya akan menjadi realiti.

Untuk pengetahuan semua sahabatku ini yang sering bertungkus lumus menyediakan juadah “PROGRAM DAPUR SYURGA” untuk homeless, buruh pusat pelupusan sampah dan anak-anak syurga.

In sya Allah akan beroperasi Februari ini. Mohon doa sahabat-sahabat di luar sana. Latih diri kita senang melihat kejayaan orang lain dan mahu membantunya. Kerana Allah pasti sayang dengan hambanya yang sentiasa mempermudahkan urusan hamba Allah yang lain. Sebarang update akan aku bagitau. Doakan usaha ini berjaya agar lebih ramai akan terbantu.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*