UPDATE BANTUAN ANAK YATIM PIATU 3 BERADIK DI PASIR MAS

Allhamdulillah Allah permudahkan urusan kita semua dalam membuat kebajikan.Sebelum ini kita sedia maklum keperitan dan kekurangan dalam kehidupan tiga beradik yatim piatu di kampung Bongor Pasir Mas Kelantan

Mereka itu adalah adik Nuralia Tasnim tingktan 5, Mohd Haikal tingkatan 3 dan Intan Zulaikha tingkatan 3.

Mereka bertiga tinggal dirumah peninggalan arwah ibubapa mereka. Mereka tinggal bersama abang dan kakak ipar serta dua orang anak mereka.

Kita sedia maklum keadaan rumah ini yang mempunyai hanya satu bilik sahaja. Bilik ini digunakan oleh abang dan kakak ipar mereka.

Alia dan Intan tidak mempunyai bilik tidur dan hanya tidur ditempat yang terbuka begitu sahaja. Ini tidak elok untuk anak – anak perempuan remaja seperti mereka.

Allhamdulillah dengan sumbangan yang kami dapat dari keluarga besar thirdforce bilik tidur dapat disediakan untuk mereka berdua. Bilik ini begitu bermakna bagi mereka berdua.

Mereka berdua begitu gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang dan keluarga besar thirdforce yang sudi membantu mereka adik

Jom jadi orang baik2
K mah thirdforce
Rantau Panjang

Related Post

Leave us a reply

*

*