UPDATE BANTUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK KAK JULAILI DI PASIR MAS

30 Januari 2018| Pasir Mas- hari ini seperti biasa sukarelawan Thirdforce menyambung kerja-kerja yang tertunggak. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Abangraja pula ke kota Bharu kerana ada urusan di hospital. Manakala, Julah dan iskandar bertolak ke kuala lumpur untuk mengambil barang dengan lori thirforce.

Hassan dan rakannya Zulkarnain pula bergerak ke Kampung Tanjung, Bunut Susu Pasir Mas untuk menyiapkan kerja-kerja wiring dirumah kak Julailie. Hasan merupakan salah seorang lulusan ILP Pengkalan Chepa dalam bidang pendawaian eletrik dan sepenuh masa bersama thirdforce. Malah, hampir semua kerja-kerja wiring Thirdforce akan diketuai oleh beliau.

Kisah mengenai kak Julailie 33 tahun, pernah diviralkan oleh abangraja sebelum ini di media sosial. Kak Julailie mempunyai 6 orang anak iaitu Muhamad Nabihan 13 tahun, Alia maisarah 11 tahun, Muhamad Naim 3 tahun, Alia Nazirah 2 tahun. Manakala, Muhamad Naufal Nasal dan Muhamad naqiudin pula dijaga oleh jiran dan adik iparnya.

Abangraja menggerakkan bantuan komprehensif untuk keluarga ini dan bersetuju membantu menambahbaik pendawaian dirumah kak Julailie.

Keadaan pendawaian elektrik dirumah kak Julailie yang tidak teratur boleh membahayakan keselamatan anak-anaknya. Pernah dulu, rumah mereka dipanah petir dan hampir kesemua barang elektriknya rosak.

Disebabkan itulah rumah mereka kini tidak mempunyai barang elektrik kecuali kipas angin sahaja yang disumbangkan oleh keluarga besar thirdforce baru-baru ni. Rumah ini juga hanya mempunyai 1 lampu sahaja didalam rumah dan satu lagi di bilik kecik bapanya yang sedang uzur. Semua bilik tidur didalam rumah ini tidak mempunyai lampu.

Jadi, untuk keselesaan dan memudahkan anaknya belajar diwaktu malam. Abangraja menggerakkan bantuan komprehensif untuk keluarga ini dan bersetuju membantu menambahbaik pendawaian dirumah kak Julailie. Insha’Allah, jika tiada halangan kita akan cuba siapkan kerja-kerja pendawaian dirumah kak Julailie pada minggu ini.

Kalianlah keluarga besar thirdforce yang infaqkan saham akhirat masing-masing sikit sorang untuk kita sama-sama jadikan usaha kemanusiaan ini satu kenyataan.

Thirdforce merancang untuk merangka satu plan bantuan menyeluruh untuk keluarga ini meliputi bantuan berupa khidmat nasihat, sokongan spiritual dan ketuhanan, bantuan pendidikan anak dan sebagainya.

Abangraja juga mengharapkan agar lawatan berkala dilakukan oleh Thirdforce Pasir Mas dan kalian semua orang baik-baik untuk sentiasa mengikuti perkembangan keluarga ini, menghulurkan bantuan apa saja yang termampu di samping mengambil nilai syukur atas nikmat dan ujian Allah yang tidak ada pada orang lain..

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang membantu keluarga kak Julailie ini dan menyokong kerja-kerja kemanusiaan ini dari dulu hingga kini.

Jom rebut saham akhirat masing-masing.

#jomjadiorangbaikbaik #the3rdforce #togetherwearestronger#RajaShamri2022

Laporan oleh Affifuddin mohd
Sukarelawan thirdforce

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*