UPDATE PROGRAM BANTUAN SUSULAN KES ASNAF KELUARGA ABANG ASRI: MASIH ADA YANG SAYANG.

28 Januari 2018 – ”Berat mata memandang berat lagi bahu memikul” itu lah ungkapan yang di rasai oleh Abang Asri dan Kak Alinah selama ini. Selepas mereka terpaksa keluar dari rumah sewa dek ketidakmampuan Abang Asri untuk membayar sewa bulanan. Mereka sekeluarga menumpang di sebuah pondok kecil yang terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.

Terima kasih tak terhingga dari kami keluarga besar thirdforce kepada tuan punya ladang sawit yg mengizinkan abang Asri dan anak2nya tinggal di pondok di atas tanahnya dan juga memberikan pekerjaan memungut buah sawit kepada abang asri.

Sukar di bayangkan bagaimanalah nasib anak -anaknya ketika tidur di kala malam menjelang dengan keadaan sejuknya, dengan nyamuknya dan sebagainya, maklumlah tinggal di kawasan ladang sawit. Dengan keadaan pondok yang berdindingkan dengan atap zink. Sebahagiannya pula tidak berdinding yang dimana di kala hujan turun mesti tempias memasuki ruangan dalamnya. Memang terpaku dan sebak kami melihatnya.

Abang Raja telah merancang beberapa plan bantuan bagi keluarga kak Alinah terutamanya program bantuan projek ”Masih Ada Yang Sayang” ini dan bantuan pendidikan anak2 beliau.

“bagaimanalah nasib anak -anaknya ketika tidur di kala malam menjelang dengan keadaan sejuknya, dengan nyamuknya dan sebagainya, maklumlah tinggal di kawasan ladang sawit. Dengan keadaan pondok yang berdindingkan dengan atap zink”.

Kelmarin sebelah pagi Abang Raja menggerahkan 4 orang sukarelawan Thirdforce untuk pergi menziarahi ibu kepada Kak Alinah di kampung Changgal, Gaal dengan tujuan untuk berbincang mengenai persetujuan dan meminta keizinan untuk membina sebuah rumah di tanah pusaka keluarga mereka di belakang rumah Ibu Kak Alinah.

Alhamdulillah si Ibu yg sudah tua ini bersetuju dan mengizinkan untuk membina rumah di tapak tersebut. Kita akan sediakan surat rasmi bersaksi utk di tandangani bagi mengelak sebarang pertikaian di kemudian hari. InsyaAllah …

Ziarah tersebut yang turut disertai Tuan Penggawa En. Azmi, Penghulu Hisham dan beberapa sukarelawan thirdforce menemukan satu keadaan kemiskinan yg juga dilalui oleh ibu kepada Kak Alinah ini. Si ibu juga hidup dhaif dan perlu dibantu.

Alhamdulillah kita mendapat tahu Majlis Agama Islam telah meluluskan bantuan baiki rumah utk si ibu dan kita thirdforce insyaAllah akan bantu pula membina sebuah rumah utk abang Asri dan kak Alinah seadanya.

Sebelah petang semalam pula kami bergerak ke pondok Abang Asri di kebun sawit untuk memujuk beliau dan berbincang lebih lanjut lagi. Alhamdulillah hasil pujukan dan nasihat Abang Hisham iaitu ketua kampung yang juga seorang sukarelawan Thirdforce, akhirnya Abang Asri bersetuju setelah berfikir panjang demi keselamatan dan keselesaan anak dan isteri beliau.

Ada beberapa sebab kita pujuk abang Asri untuk tinggal di tempat yang baru antaranya ialah anak isterinya boleh tinggal berhampiran dengan ibu mertuanya dan jarak perjalanan anak-anaknya semakin dekat ke sekolah. Abang Hisham mencadangkan anak-anaknya di pindahkan ke SK Changgal Pasir Puteh kemudian nanti.

Mudah-mudahan di tempat baru nanti ianya dapat memberi sinar baru khususnya sedikit kemudahan dan keselesaan bagi anak dan isteri Abang Asri.

Kita merancang akan ke JKM Pasir puteh untuk merujuk semula permohonan bantuan yang pernah di minta oleh Kak Alinah. Kami juga akan cuba rujuk ke pusat zakat atau Baitulmal kelantan.

Teruskan bersama kami. Program bantuan bagi Abang Asri sekeluarga ini akan kami update dari masa ke semasa…

Kita merasa bertuah melihat makin ramai hari demi hari penghulu, ketua kampung, penggawa, pegawai jkm dan pegawai2 kerajaan mahupun peringkat negeri dan pusat yang menyertai thirdforce. Mereka sanggup letak ketepi jawatan hakiki dan bendera politik masing2 dan menggunakan sumber dan kapasiti yg mereka ada anugerah Allah pada mereka utk bersama thirdforce bantu orang miskin.

Mereka faham bahawasanya rakyat Malaysia semua bayar cukai tak kira parti apa. Jadi mereka perlu laksanakan amanah pembayar cukai ini sebaik mungkin. Bersama thirdforce mereka boleh bekerja tanpa pengaruh dan sentimen politik melampau … Semuanya kerana Allah dan janji akhirat …

Inilah kematangan dan kebijaksanaan sebenar pegawai kerajaan dan agensi2 yg berkaitan bilamana sentimen politik diketepikan terus demi berlumba mengejar saham akhirat biarpun ada segelintir yg masih mengamalkan budaya samseng, ugut mengugut dsbg bila kes kemiskinan kita kongsikan melibatkan kawasan mereka … Walhal bnyk lagi kes2 yang kita bantu di kawasan lain tidak ada masalahpun …

Teruskan PM ke inbox fb page ini untuk detail bagaimana untuk sama-sama membantu..

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK…

#WeAreTheThirdforce
#TogetherWeAreStronger

Laporan dari sukarelawan bertugas:
Junaidi
www.the-3rdforce.org

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*