BAH.5 : MISI “SEKOLAH UNTUK SEMUA” PERLIS 2017 anjuran 3rdForcePs dan Piskanita Unimap »delay post«

PEK BANTUAN SEKOLAH DISAMPAIKAN KEPADA ANAK-ANAK RUMAH TEDUH.

Seramai 3 orang sukarelawan yang diketuai Pn Faizah membantu dalam menyampaikan amanah bantuan Pek Sekolah kepada anak2 rumah teduh. Rumah teduh diuruskan oleh seorang wanita yang mesra dengan panggilan Bonda. Misi beliau adalah membantu anak-anak yatim dan anak-anak yang memerlukan tempat berteduh.

Sewaktu sesi mencuba pakaian sekolah oleh anak-anak sementara dibimbing sukarelawan, kebanyakan unifom dan kasut sekolah anak-anak rumah teduh tidak muat atau terlalu besar. Mungkin di atas kesilapan teknikal maklumat saiz anak-anak. Alhamdulillah, kita beruntung kerana pihak kedai pakaian sekolah Maryam dari awal telah bersetuju untuk menerima kedatangan asnaf dibawah 3rdForce sekiranya mereka ingin bertukar saiz.

Terima kasih penyumbang, penyampai maklumat dan sukarelawan. Semoga lebih dimurahkan rezeki kalian dan diberkati Allah. Amiiin

Together we are Stronger
#3rdForcePerlis #Piskanita #UniMAP #SekolahuntukSemua #3rdForce#asnaf #bantuansekolah

Related Post

Leave us a reply

*

*