BERBAGI KEGEMBIRAAN UNTUK ANAK-ANAK SEKOLAH BAWAH KOLONG

LAHAD DATU 31 Januari 2018 | Beberapa hari lalu aku ada kongsikan tentang kisah 45 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik kerana dilahirkan sebagai orang tanpa negara.

30 sen sehari itu yuran mereka, jika mampu mereka bayar jika tak mampu tiada paksaan. Itupun hanya untuk membeli kapur yang digunakan untuk menulis di papan hijau.

Alhamdulillah ada rezeki “Jatuh dari langit” untuk anak-anak ini. Seorang dermawan telah menghubungi aku untuk bersama team sukarelawan kita membantu anak-anak ini.

Satu KEKEJAMAN FATAL jika membiarkan seseorang anak manusia tanpa ilmu mengenal ABC, 123 dan mengaji Al Quran.

Petang tadi team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah telah berkongsi buku latihan, alat tulis, buku Iqra dan rehal. In sya Allah semoga Allah datangkan lagi rezeki untuk kita dapat menyediakan papan putih baru dan alat tulis lain. Agar “30 SEN” sehari boleh bertukar menjadi PERCUMA.

Satu KEKEJAMAN FATAL jika membiarkan seseorang anak manusia tanpa ilmu mengenal ABC, 123 dan mengaji Al Quran.

Terima kasih kepada semua keluarga besar PERKALAS@3rd Force Sabah di seluruh Malaysia. Anda semua insan-insan pilihan Allah untuk menyebarkan kasih sayang di bumi Sabah.

TQ BRO KIDAL koordinator kita di LD….Berkat usaha semua Dentuman gema takbir bergema di Sekolah Bawah Kolong.

Mereka sangat menghargai apa yang saudara-saudara kongsikan. Anak-anak ini begitu teruja menerima sehingga “MEMELUK ERAT” rehal, muqadam, buku latihan dan alat tulis.

Ilmu begitu mereka hargai….

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*