UPDATE BANTUAN BAIK PULIH RUMAH IBU TUNGGAL ANAK TUJUH DI KUALA KRAI

1 Feb 2018 | Khamis | Kuala Krai- update terkini bantuan baik pulih rumah Rahimah binti Zulkipli atau kak Rahimah telah masuk minggu ke-3. Alhamdulillah sekarang ini para pekerja mengikat bata ruangan dapur dan bilik tidur.

Kak Rahimah merupakan Ibu tunggal yang menyara 7 orang anak dimana kesemuanya masih lagi bersekolah. Berikutnya nama penuh dan umur anak anak Kak Rahimah :

1. Muhd Hafizi bin Ab Manaf (20 tahun) – kolej vokasional
2. Nur Hidayu Binti Ab Manaf (19 tahun ) – uitm
3. Nur Anis Binti Ab Manaf(17 tahun) – sekolah menengah
4. Muhd Fitri bin Ab Manaf (16 tahun) – sekolah menengah
5. Muhd Akmal bin Ab Manaf (15 tahun ) – sekolah menengah
6. Nur Nabila binti Ab Manaf(9 tahun) – skyp1
7. Muhd Adam Bin Ab Manaf (7 tahun) – skyp1

Kak Rahimah merupakan antara penerima bantuan rumah mangsa banjir satu ketika dahulu. Bila rumah sudah siap dibina, akhirnya bekas suaminya tinggal dirumah baru dengan isteri yang baru.

Manakala Kak Rahimah dan anak-anaknya terpaksa tinggal di rumah kotak rumah sementara bantuan banjir 2014.

Tidak dapat kita bayangkan seorang ibu tunggal yang gaji hariannya RM30 berjuang untuk menyara kesemua anaknya sendirian.

para pekerja sedang menyiapakan baik pulih rumah Kak Rahimah yang juga ibu tunggal Anak 7 di Kuala Krai

Gaji yang sedikit itu sudah pasti tidak mencukupi. Beliau memaklumkan kepada kami, gaji harian yang diterima itu, Rm20 untuk perbelanjaan anak anak ke sekolah, selebihnya untuk membeli ikan, minyak motor dan sebagainya. Adakalanya hanya makan telur dadar sahaja. Tapi mereka tetap bersyukur.

Hari ini kak Rahimah tidak bekerja kerana kontrak ditempat kerja lamannya telah tamat. Tapi alhamdulillah, rezekinya murah kerana kak Rahimah akan memulakan kerja di kantin sekolah selepas ini.

Sukarelawan juga menyampaikan amanah penyumbang berupa pakaian dan Al-Quran kepada keluarga kak Rahimah.

Terima kasih thirdforce ucapkan kepada semua penyumbang kerana sama sama membantu kak Rahimah ini.

Ayuh sama-sama kita mengambil saham akhirat kita masing-masing untuk projek ini. Bayangkan saham akhirat yang mengalir berterusan terutama melalui anak-anak kak Rahimah yang semuanya masih belajar dan bakal tinggal di bawah bumbung rumah yang kita sama-sama sedang bina ini.

Jomm jadi orang baik baik .

Laporan disediakan oleh
Zulkifli / Ramadan
Sukarelawan thirdforce

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*