UPDATE BANTUAN BAIK PULIH SURAU KAMPUNG SENAKUT

LAHAD DATU 5 Februari 2018 | Pagi ini team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah telah ke kedai untuk membeli papan lapis dan pelbagai keperluan untuk dihantar ke lokasi surau Kg Senakut yang dalam proses dibaik pulih. Kerja-kerja membaik pulih dilakukan oleh penduduk kampung dan team sukarelawan kita.

Membaik pulih surau ini sangat penting agar solat berjemaah dan kelas mengaji Al Quran dapat diteruskan. Masih banyak saham akhirat yang boleh saudara-saudara laburkan untuk memperbaiki surau ini. Antaranya :

1. Kipas syiling
2. Mimbar
3. Kubah
4. Pendawaian elektrik
5. Tikar

Terima kasih kepada orang-orang yang dipilih oleh Allah untuk bersama dalam kerja-kerja membaik pulih surau ini. Semoga mendapat balasan setimpal kerana kemurahan hati membantu kerja-kerja di sini.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*