UPDATE BANTUAN UNTUK ANAK-ANAK ABANG ASRI DAN KAK ALINAH : TERIMA KASIH JKM

Alhamdulillah petang ni kita mendapat perkhabaran gembira dari sukarelawan thirdforce Adi iaitu bantuan bulanan JKM RM400 untuk anak2 abang asri dan kak Alinah telah diluluskan.

Thirdforce sejak sekian lama saling bekerjasama dengan JKM dalam sama2 membantu mereka yg memerlukan dalam kapasiti masing2. Kerjasama smart partnership seperti ini pastinya memanfaatkan rakyat terbanyak dan menjadikan kerja2 kemasyarakatan menjadi lebih efektif.

Tahniah dan terima kasih semua keluarga besar thirdforce di JKM Pasir Puteh.

We are the thirdforce
Together we are stronger.

#jkmpasirputeh
#jkm
#rajashamri2022
#thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*