10 Februari 2018- Alhamdulillah hari ini Abangraja bersama 10 orang sukarelawan thirdforce dari pasir puteh ke rantau panjang untuk menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada asnaf dan anak-anak prihatin disana.

Asnaf-asnaf yang dibantu hari ni adalah terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan anak-anak yatim. Sumbangan yang disampaikan adalah berupa beras dan sedikit wang tunai untuk perbelanjaan seharian yang disumbangkan oleh penyumbang seluruh Malaysia.

Selain itu, mereka juga dihidangkan dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh wakil thirdforce rantau panjang iaitu Kak Mah dan rakan-rakan.

Program yang bermula pada jam 11 pagi berjalan dengan lancar dan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh wakil thirdforce rantau panjang sebelum diserahkan kepada Abangraja untuk memberi sedikit nasihat dan kata-kata motivasi terutama kepada anak-anak prihatin yang masih bersekolah.

Abangraja dalam setiap ucapan beliau sepertimana biasa sangat menekankan agar para asnaf dan sukarelawan berusaha menjadi orang baik-baik antaranya jangan tinggal solat, duduk sebentar selepas solat dan berdoalah memohon bantuan dari Allah kerana Allahlah sebenar-benar tempat meminta.

Abangraja juga berpesan agar mendoakan para penyumbang dari seluruh negara kerana para penyumbang inilah yg menjadikan usaha kenanusiaan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Kepada anak2 yatim dan anak2 prihatin abangraja berpesan agar jadilah manusia yg baik. Tak pandai belajar tak mengapa tapi jadilah manusia yang baik kerana manusia yang baik insyaAllah selamat dunia akhirat.

Semoga sedikit sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban asnaf sekeluarga.

Terima kasih diatas sumbangan yang diberikan oleh penyumbang diseluruh Malaysia. Anda semua merupakan sebahagian daripada keluarga besar thirdforce. Teruskan menyokong gerakan ini supaya lebih ramai lagi asnaf yang dapat sama-sama kita bantu.

“Together we are stronger”

Laporan disediakan oleh
Raja Farid iskandar
Sukarelawan thirdforce

#rajashamri2022
#thirdforce
#jomjadiorangbaikbaik

Related Post

Leave us a reply

*

*