PERTEMUAN PERIBADI BERSAMA ARWAH AYAHNDA : AMANAT YANG BERAT DI TERIMA

Beberapa minggu banjir besar melanda kelantan kesihatan ayahanda makin teruk. Kedengaran berita ayahanda berada di wad ICU  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Masa tu gerakan misi bantuan banjir ku teruskan tanpa apa-apa nama dan belum terlintas lagi untuk ku namakannya Thirdforce.

Sehinggalah bonda Mak Lah (Ustazah Jamilah) datang bersama suami dan rombongannya untuk mengajakku bertemu  Ayahanda serta  ingin mengetahui keadaan mangsa banjir. entah bagaimana ayahnda mengetahui tentangku wallahu’alam …

Masa tu sekitar jam 10 pagi, jauh di sudut hati manakan mungkin boleh masuk bertemu ayahanda kerana ianya bukan waktu melawat. Sukarelawan bernama Wan Sahidallah mengiringiku ke HUSM mengikuti rombongan Mak Lah dan lain-lain.

Sesampai di HUSM pintu utama kelihatan terbuka dan pintu gerigi besi juga tiada pengawal. ku langkahkan kaki berjalan laju ke lift dan bila tiba ke wad ICU kelihatan ramai wartawan sedang menunggu serta ada yang berbaring di kaki lima dan sebagainya. Semuanya hanya memandangku dengan pandangan sepi maklumlah pada waktu itu tiada siapa yang mengenaliku insan kerdil anak penoreh getah yang tinggal jauh nun di pedalaman.

Ku lihat ada seperti guard yang jaga pintu masuk ke wad ICU tu, dalam hati mustahil insan biasa sepertiku untuk masuk menemui ayahanda.

Tiba-tiba pintu terbuka dan keluarlah kakanda Dr. MAZA dan Nik Abduh manakala wartawan berkerumun ke arah mereka untuk dapatkan berita terkini. ku lihat pintu di belakang mereka terbuka luas lalu ku langkah terus masuk rapat ke bilik dimana ayahanda berada.

Semuanya dengan izin Allah disaksikan beberapa orang yang mengiringiku yang masih ada kini sebagai saksi kejadian. Sesungguhnya keajaiban berlaku dimana-mana.

Ianya bukan kali pertama diri ini bersama ayahanda kerana sepanjang hayat ayahanda, seringkali bilamana ada program ayahanda di kawasanku maka aku akan cuba untuk bersalam dan menghampirinya. Pernah bertugas memayungi ayahanda, pernah ayahanda memegang jari jemari ku yang cacat dan bercerita tentang Abdullah ibnu Masud yang juga cacat. ayahanda bercerita tentang solat dhuha dalam kereta untukku lakukan setiap kali aku outstation dan ayahanda sangat seronok bila mengetahui aku juga dari keluarga susur jalur yang sama dengan beliau iaitu kerabat raja jembal kelantan.

Pertemuan singkat bersama ayahnda merungkai seribu satu rahsia dan amanat.

Dan kini, amanah untuk mengajak orang jadi orang baik-baik ini ku genggam erat tanpa landasan politik seperti yang selalu ayahnda pesan, ianya bukan soal parti atau organisasi dan ianya tentang soal ajak orang pada Islam dan ajak orang jadi baik, dalam bahasa arab “Amal Soleh”.

Aku insan kerdil,
Bukan ahli atau extreamist mana-mana parti politik,
Aku bukan orang politik,
Aku manusia biasa orang kampung biasa.

Disaat orang politik bercakaran dan berantakkan
Ku teruskan apa yang Allah pesan dan apa yang Nabi pesan
serta apa yang kau pesan

Kenapa ayahanda berpesan padaku
Walllahu’alam.

Segala-galannya kini sudah berubah sejak ayahanda pergi, ianya tidak lagi seperti dulu.

Terasa sungguh berat amanat itu.
Bantulah aku ya Alllah, Datangkanlah orang baik-baik untuk bersamaku dalam perjuangan ini Kerana terkadang kaki terasa sangat longlai untuk melangkah …

Dan terlalu ramai yang menadah tangan memohon untuk dibantu.

fakir ilmu.
fakir iman.
fakir harta dan pedoman.

Tamak nafsu
Tamak keinginan
Tamak harta dan jawatan.

#rajashamri2022
#thirdforce
#jomjadiorangbaikbaik

Related Post

Leave us a reply

*

*