PISANG REBUS MENJADI PENERUS HIDUP SEPASANG SUAMI ISTERI BERSAMA SEORANG BAYI MEREKA

TAWAU 12 Februari 2018 | Lebih kurang jam 3.30 petang aku menerima pesanan di aplikasi whatsapp daripada team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah tentang kefakiran hidup sepasang suami isteri muda bersama bayi mereka.

Ketika melihat beberapa keping gambar hati begitu sebak melihat pisang rebus menjadi makanan mereka. Hal yang paling menyentuh hati apabila air cucian beras yang berwarna putih menjadi pengganti susu untuk diberikan kepada bayi. Ya Allah kesiannya hidup tiga beranak ini.

Team sukarelawan telah berkongsi beberapa keperluan dan barangan asas untuk meringankan beban pasangan muda ini. Antara barangan yang disumbangkan seperti baldi, gayung, pinggan mangkuk, sabun mandi, sabun mencuci pakaian, beras, susu bayi, minyak masak, telur dan lain-lain keperluan dapur.

Setelah selesai pemunggahan papan lapis untuk sumbangan ke sebuah surau, kami bergegas kembali ke HQ untuk membuat persiapan bantuan kilat kepada pasangan suami isteri ini. Belum sampai beberapa minit perkhabaran pilu tiba di HQ bahawa salah seorang asnaf dibawah seliaan PERKALAS@3rd Force Sabah telah meninggal dunia. Terlalu banyak ujian hari ini. Namun amanah yang masyarakat berikan kepada para sularelawan wajib ditunaikan secepatnya.

Team bergegas ke rumah arwah untuk menyampaikan sumbangan. Satu team lagi ke tanah perkuburan untuk membantu apa yang perlu dan team yang tersisa meneruskan misi bantuan kepada suami isteri yang hidup dalam kekurangan yang kuceritakan tadi.

Sesampainya di kediaman suami isteri ini yang berukuran 2 meter X 5 meter aku hanya melihat ada satu bantal, satu periuk, satu pinggan dan satu sudu. Periuk itulah yang mereka gunakan untuk merebus pisang dan memasak air untuk mereka minum.

Team sukarelawan telah berkongsi beberapa keperluan dan barangan asas untuk meringankan beban pasangan muda ini. Antara barangan yang disumbangkan seperti baldi, gayung, pinggan mangkuk, sabun mandi, sabun mencuci pakaian, beras, susu bayi, minyak masak, telur dan lain-lain keperluan dapur.

In sya Allah bantuan seterusnya akan disalurkan akan datang seperti pakaian bayi, tilam bayi, selimut, tong gas, dapur gas dan barangan lain. Manakalah untuk bantuan jangka panjang ayah kepada bayi ini akan sukarelawan usahakan mencarikan kerja tetap untuk menampung kos hidup mereka tiga beranak. Saat ini ketua keluarga ini tidak bekerja tetap. Hanya bekerja kampung apapun dia lakukan untuk menghidupi keluarga kecilnya.

Doakan sukarelawan sentiasa diberikan kesihatan, kelapangan waktu, keluarga yang memahami dan dilapangkan pintu rezeki agar usaha dilapangan sentiasa dapat diteruskan bagi membantu warga yang hidup dalam kekurangan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments
  • pisang-rebus-menjadi-penerus-hidup-1

Related Post

Leave us a reply

*

*