Kedatangan adik-adik pelajar tahun akhir dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ke bumi Gua Musang.

Hari ini kita bersiaran bersama adik-adik pintar bagi membuat dokumentari mengenai Thirdforce.

Nur Farah Hanum 23 tahun, 
Muhammad Nur Adlan, 24 tahun dan Nik Ahmad 22 tahun.

Mereka semua sungguh mesra dan ramah, santunnya menyentuh jiwa. Sejuk mata memandang. Dari Selangor datangnya mereka bagi melihat perjalanan Thirdforce mengagihkan sumbangan kepada asnaf disini. Pada hari ini kami Thirdforce Gua Musang membawa adik-adik melawat Asnaf di Tanah Puteh, Kg Rahmat, Kg Tiong dan Batu 5.

Lawatan santai tapi penuh makna. Bertanya khabar dengan asnaf kita. Ada yang makin membaik cara hidupnya, ada yang makin susah. Bertaham hidup demi anak-anak, redah segala pancaroba dunia demi insan tercinta.

Terima kasih pada semua Thirdforce GM yang turun padang, Jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Kita membantu walau kita juga dalam kalangan bukan yang berada namum kita lebih mengerti sengsara yang asnaf kita rasa.

Pada adik-adik Kolej universiti islam antarabangsa selangor semoga kejayaan milik anda yang berhati murni

Mastura Hatta
Thirdforce Gua Musang

#TogetherWeAreStronger
#JomJadiOrangBaikBaik

Related Post

Leave us a reply

*

*