UPDATE BANTUAN BARANGAN DAPUR DAN PERALATAN MANDI UNTUK ANAK-ANAK DI RUMAH AMAL SOLEH SOLEHA (RASS) BERSAMA NGO LANGMERAH

LAHAD DATU 21 Februari 2018 | Kegembiraan anak-anak syurga ini yang menyambut team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah terpancar jelas di wajah mereka. Walaupun usia mereka antara 5 hingga 11 tahun namun keterujaan mereka bersama mengangkat barang-barang berat seperti beras mengusik dan mencuit hati sukarelawan.

Alhamdulillah hari ini team sukarelawan sangat bertuah kerana kehadiran sahabat-sahabat dari NGO Langmerah Malaysia (Lahad Datu) dibawah pimpinan Ayah Syam dan team yang bersama menyebar luaskan gelombang jom jadi orang baik-baik. Mereka datang dengan pelbagai sumbangan. Terima kasih sahabat kerana kemurahan hati mu.

Kekaguman kami kepada pimpinan mereka yang bersama mengangkat barang berat-berat merupakan satu bentuk “tauladan” kepada semua bahawa pangkat, kedudukan, pengaruh, harta, jawatan dalam Islam pimpinanlah yang harus bekerja keras termasuk kerja-kerja yang memerah tenaga bukan hanya sekadar mengarah.

Kita dapat melihat sejarah bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat ketika berada dipuncak kepimpinan baginda dan sahabat pewarisnya tidak pernah kekok membuat kerja-kerja seperti rakyat biasa.

Pasti kita masih segar mengingat peristiwa Umar khatab sendiri memikul gandum untuk keluarga ibu dan anak fakir miskin yang memasak batu dalam periuk kerana tiada bahan makanan. Itu merupakan tauladan untuk kita praktikan dalam hidup.

Kita juga pasti sering mendengar para ulama dengan pelbagai kisah inspirasi kerendehan hati mereka. Salah satunya yang sangat dihormati iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membiasakan diri mencuci tandas masjid untuk membuang sifat ego dan membersihkan hati.

Semoga selepas ini masyarakat semakin ramai turun padang untuk lebih peduli golongan yang memerlukan. Dengan cara sebegini selain menolong mereka dalam tidak sedar akan memperbaiki dalaman kita serta meningkatkan rasa syukur dalam diri apabila melihat langsung kesusahan asnaf di depan mata.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*