DOA UNTUK DR SITI

Sudah 10 bulan Dr Siti terlantar akibat penyakit strok dan beberapa komplikasi penyakit lain yang dihadapinya.

Bekas Pengarah Institut Pengurusan Bencana (DMI) Universiti Utara Malaysia ini ialah antara orang kuat dibelakang Thirdforce UUM yang mendokong sepenuhnya kerja-kerja kemanusiaan Thirdforce semenjak dari awal kita gerakkan misi kemanusiaan ini.

Menurut suaminya, Ir Dr. Asri yang juga seorang pensyarah di UNIMAP, semenjak Dr Siti sakit, sudah dua kali saat getir yang dihadapinya antaranya apabila jantung seperti stop seketika ketika pembedahan membuang tempurung kepala akibat penyakit darah tinggi kritikal yang dihadapinya.

Semasa beliau masih sihat, Dr Siti telah merancang untuk melancarkan Thirdforce peringkat Negeri Kedah yang akan beliau ketuai di UUM tetapi terpaksa kita tangguhkan disebabkan keaadan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan.

Apapun perancangan Allah mengatasi segalanya. Kini sudah lebih 10 bulan Dr Siti terlantar … Makan melalui tiub dan belum sedar sepenuhnya.

Sukarelawan thirdforce diketuai abangraja menyerahkan baju thirdforce kepada Ir. Dr Asri simbolik kebersamaan kita mengharungi ujian Allah ini. Kesabaran dan kesetiaan Dr Asri dan anak2 yg sentiasa disisi Dr Siti adalah inspirasi utk kita semua …

Marilah kita sama-sama doakan Dr Siti supaya Allah memberi kekuatan dan kesembuhan kepada beliau. Moga beliau kembali cergas dan dapat berkhidmat seperti sediakala.

Doa kita tak perlu dibayar.
Tetapi doa kita inilah kuasa penyembuh maha hebat ..

Amiin.

Ali Mohamed

Related Post

Leave us a reply

*

*